KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ini mengumumkan usaha pendigitalan dan transformasi lesen pemberi pinjam wang atau kredit komuniti melalui urus niaga secara dalam talian (e-Lending). KPKT telah bersetuju untuk memberikan kebenaran tambahan kepada dua syarikat Kredit Komuniti (KK) yang memiliki lesen Pemberi Pinjam Wang sedia ada iaitu BigPay Later Sdn. Bhd. dan GHL Payments Sdn. Bhd. (GHL Systems Berhad) untuk menjalankan urus niaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian.
Usaha ini merupakan salah satu langkah transformasi dan penambahbaikan kepada pengendalian transaksi sebelum ini iaitu urus niaga wajib dijalankan di dalam premis berdaftar sahaja selaras dengan Peraturan 15 [Akta 400].
Pemberian secara dalam talian ini merupakan inisiatif berterusan KPKT dalam memastikan perlindungan kepada peminjam serta syarikat KK yang lebih telus dan berintegriti serta mematuhi segala peruntukan yang ditetapkan di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400], Peraturan – Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 serta Akta lain yang berkaitan.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pelaksanaan kredit komuniti secara dalam talian ini merupakan inisiatif KPKT untuk melindungi peminjam melalui transaksi yang lebih telus dan sistematik. Selain itu, ia membolehkan KPKT merangka pendekatan pendekatan yang lebih bersasar melalui maklumat secara real-time berdasarkan profil peminjam yang direkodkan.
Beliau turut memaklumkan bahawa peredaran masa kini menuntut KPKT untuk melihat pendekatan-pendekatan yang bersifat data-driven dan penggunaan teknologi secara optimum. Selain itu, kawal selia yang lebih efektif dapat dilaksanakan apabila transaksi secara dalam talian ini dilaksanakan kelak.
Mekanisme pemberian pinjaman juga akan lebih memudahkan serta mengelakkan peminjam terjebak di dalam skim kredit komuniti yang tidak sah.
Beliau juga menjelaskan bahawa KPKT sedang merangka satu sistem pengurusan maklumat bersepadu bersifat one-stop centre yang akan mengintegrasikan pelbagai urusan berkaitan Kredit Komuniti. Sistem ini akan menggabungkan pelbagai fungsi teras kredit komuniti yang akan memberi manfaat dalam menyeragamkan pelaporan maklumat syarikat kredit komuniti, menggalakkan rekod pendigitalan, mewujudkan akses maklumat secara langsung (real-time data), mewujudkan platform pemberian pinjaman wang secara dalam talian; dan mewujudkan akses bagi penjanaan laporan kredit peminjam.
Datuk Seri Reezal Merican juga menyatakan bahawa kempen pendidikan dan penguatkuasaan pinjaman kredit komuniti juga sedang diperhebatkan bagi memastikan kepentingan peminjam terpelihara. Beliau turut mengingatkan syarikat kredit komuniti yang berdaftar agar sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan atau berhadapan tindakan undang-undang oleh Kerajaan.
Senarai syarikat KK yang diberikan kelulusan untuk menjalankan urusniaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web KPKT.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian 03-8891 4667/4662/4695/4694/4682/4683 ataupun mengemukakan pertanyaan melalui Sistem Aduan Bersepadu KPKT di pautan aduan.kpkt.gov.my untuk tindakan sewajarnya.
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
Kenyataan Media
Thu Mar 03 2022
Reezal Merican berkata, pelaksanaan kredit komuniti secara dalam talian ini merupakan inisiatif KPKT untuk melindungi peminjam melalui transaksi yang lebih telus dan sistematik. - Gambar KPKT
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
Parkir bertingkat akan dibina berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis
Pembinaan parkir tujuh tingkat itu mendapat kelulusan KPKT dengan pembinaannya akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada 2026.