PETALING JAYA: Pertemuan yang diatur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan syarikat p-hailing dalam masa seminggu bagi membincangkan kadar upah penghantar p-hailing membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan isu kebajikan pekerja sektor berkenaan.
Rata-rata penghantar p-hailing yang ditemui Bernama selepas sesi Temu Anwar di Program Himpunan Rider MADANI @ Selangor di sini pada Sabtu mengharapkan supaya pertemuan itu dapat menoktahkan isu yang membelenggu mereka sejak sekian lama.
Seorang pekerja p-hailing Putra Muhamad Luqmanul Hakim Zahid, 30, berkata perbincangan antara Anwar dan wakil syarikat-syarikat berkenaan merupakan inisiatif yang baik dalam memastikan suara golongan pekerja dapat diutarakan dan seterusnya jalan penyelesaian dapat dicapai.
"Saya harap perbincangan ini dapat selesaikan isu kadar (upah) yang rendah supaya rider tidak rasa terbeban dan terus tertekan dengan upah semasa," katanya yang mula berkecimpung dalam industri itu sejak dua tahun lepas.
Seorang lagi penghantar Syafiq Norlan, 31, berkata perbincangan yang bakal diadakan itu diharap dapat membantu pekerja p-hailing mendapatkan upah yang setimpal dengan hasil usaha titik peluh mereka.
Beliau yang telah bekerja dalam industri itu selama lebih setahun juga berterima kasih atas inisiatif Perdana Menteri itu.
Selain itu, pekerja p-hailing Logesh Kumar pula menyifatkan pengumuman Perdana Menteri mengenai peruntukan RM1 juta untuk penubuhan jawatankuasa bagi menyelaras isu kebajikan pekerja sektor itu sebagai langkah permulaan yang baik dalam memastikan kebajikan mereka terpelihara.
"Baguslah (tubuh jawatankuasa) untuk riders sebab boleh jadi wakil untuk kita, jumpa dengan kerajaan, bincang masalah (yang dihadapi pekerja p-hailing). Bila ada wakil ini, kerajaan dapat dengar masalah-masalah kita kemudian boleh bantu kita (mencari jalan penyelesaian)," katanya yang bekerja sebagai penghantar p-hailing bermula dua tahun lepas.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam sesi temu Anwar di Program Himpunan Rider MADANI @ Selangor meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.
Dalam majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan kira-kira 5,000 penghantar p-hailing seluruh Selangor itu, Perdana Menteri berkata beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan RM1 juta bagi pelantikan sekretariat tidak rasmi (informal secretariat) untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Penghantar p-hailing pada sesi Temu Anwar di Program Himpunan Rider MADANI @ Selangor di Petaling Jaya pada Sabtu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.