KUALA KANGSAR: Isu-isu menyentuh agama, raja dan kaum (3R) yang semakin disensasikan dan dipolitikkan kebelakangan ini jika dibiarkan boleh menjejaskan kestabilan negara termasuk usaha pembangunan serta ekonomi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.
"Ahli-Ahli Dewan Negara dan Orang Besar Jajahan hendaklah berperanan proaktif membantu usaha-usaha preventif dan usaha-usaha membendung.
"Orang-Orang Besar Jajahan terutamanya hendaklah mendampingi jawatankuasa dan pegawai masjid, sering mengadakan pertemuan dan perbincangan dalam jajahan masing-masing, berusaha ke arah menyatupadukan rakyat," titah Sultan Nazrin ketika Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-172 di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Sultan Nazrin bertitah perkara menyentuh agama, raja dan kaum yang disensasikan, jika berlaku hendaklah segera dipersembahkan ke pengetahuan baginda dan mendapatkan nasihat baginda jika perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan badan perundangan.
Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah sekolah berperanan penting untuk menyemaikan semangat perpaduan serta kesetiaan kepada raja dan negara.
"Pada malam ini, beta dan Raja Permaisuri, Raja Muda dan Raja Dihilir akan berangkat bercemar duli ke acara kemuncak Program Menyemai Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara di bawah kelolaan bersama Dewan Negara Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan pembiayaan dan sokongan kerajaan beta.
"Program tersebut mendapat sambutan baik daripada para pelajar. Orang-Orang Besar Jajahan juga hendaklah mendampingi diri dengan warga pendidik dan memberi masa menghadiri program-program kokurikulum di sekolah-sekolah, membantu usaha-usaha menyemaikan semangat kesetiaan kepada raja dan negara, di samping membantu usaha-usaha memupuk perpaduan kaum," titah baginda.
Baginda bertitah generasi remaja semakin menjadi komponen terbesar rakyat di negara ini dan mereka wajib diberikan bimbingan untuk menjadi warga berharga kepada negara bangsanya.
Sultan Nazrin turut menyeru Orang Besar Jajahan mendampingi golongan remaja, dengan mengadakan pertemuan, dialog dan perbincangan dengan pemimpin belia di jajahan masing-masing.
"Berikan masa untuk menghadiri dan meraikan kegiatan para belia di jajahan masing-masing. Bimbing dengan kata-kata nasihat dan hulurkan bantuan untuk menjayakan kegiatan-kegiatan mereka untuk membolehkan mereka menjadi warga yang berharga kepada negara bangsanya," titah Sultan Nazrin.
Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Tahun 2023, di sini.
Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Mendahului senarai ialah Mufti Perak Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa.
Turut dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Fatwa ialah Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim.
Anggota Jawatankuasa Fatwa yang lain dilantik ialah penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi 1444 Hijrah Datuk As'ad Awang yang juga bekas guru dan pensyarah bahasa Arab, serta Ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Prof Madya Dr Mohamed Fairooz Abdul Khir yang juga Pengarah Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam Universiti INCEIF.
Selain itu, turut dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Fatwa ialah Prof Madya Dr Lukman Abdul Mutalib, Dr Muhammad Ayman Al-Akiti, Dr Azmil Zainal Abidin, Dr Muhammad Adib Samsudin dan Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan. - BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Usaha preventif bendung isu 3R perlu segera dilaksana - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.