KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, usaha untuk memupuk perpaduan semakin diperlukan ketika ini untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.
Baginda bertitah, suara-suara bernada permusuhan yang jika tidak segera dibendung, berpotensi besar meracuni pemikiran rakyat untuk saling mencurigai sehingga boleh mencetuskan pertelingkahan, perselisihan dan perpecahan.
"Setelah hampir 66 tahun mencapai kemerdekaan, warga (rakyat) jangan dihanyutkan oleh suara-suara bernada permusuhan yang boleh mencetuskan persengketaan, perselisihan dan perpecahan," titah baginda.
"Negara memerlukan pemimpin yang mengamalkan sifat inklusif, pemimpin yang memiliki azam dan kebijaksanaan, berupaya menganyam elemen yang pelbagai menjadi hamparan yang indah dan kukuh bertaut," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Buku Siri Titah II Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Sementara itu dalam titah baginda, Sultan Nazrin turut menyifatkan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai pemimpin berpendirian konsisten mengenai komposisi rakyat di negara ini.
Baginda bertitah Allahyarham juga memegang prinsip akan pentingnya dilaksanakan perimbangan bentuk dan konsep pembinaan sebuah negara bangsa yang warganya hidup secara harmoni, kukuh berpadu dan teguh bersatu, meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai budaya dan menganut pelbagai agama.
"Dr Ismail dikenali dengan semangat kebangsaan Melayu yang tulen, namun beliau berulang kali menegaskan bahawa masyarakat Malaysia ialah masyarakat berbilang kaum dengan budaya dan resam masing-masing, dan pentingnya bagi negara ini mempunyai pemimpin yang menuju ke arah mencipta sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dalam kepelbagaian berkenaan.
"Dr Ismail memiliki karakter tepat di luar - tepat di dalam. Lidahnya bertutur dalam bahasa yang sama meski berhadapan kumpulan yang berbeza. Apa yang dikata, tetap dikota," titah baginda.
Pada Rabu lepas, Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj-Tonggak Perpaduan Negara dianjurkan bagi mendidik generasi muda berkenaan sumbangan tokoh itu dalam membangunkan negara di Dataran Merdeka.
Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dari 1971 hingga 1973, adalah antara tokoh penting yang menggariskan lima prinsip Rukun Negara ketika Malaysia berhadapan dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Di akhir titah baginda, Sultan Nazrin kelihatan sebak ketika menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penerbitan buku berkenaan.
"Beta zahirkan rasa besar hati kepada hadirin yang meluangkan masa, hadir untuk meraikan Beta dan memeriahkan majlis ini. Segala jasa dan bakti akan kekal abadi dalam memori, sepanjang hayat Beta," titah baginda.
Sementara itu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa buku Siri Titah II Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ialah kesinambungan daripada buku Siri Titah I Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diterbit dan dilancarkan pada 2021.
DBP selaku penerbit buku berkenaan memberitahu bahawa buku itu mengandung 35 titah Sultan Nazrin antara 6 Feb 2017 hingga 21 Mac 2022 dan disusun dalam empat bahagian iaitu Institusi Raja, Tadbir Urus, Agama; dan Masyarakat dan Budaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Sultan Nazrin Shah bertitah, usaha untuk memupuk perpaduan semakin diperlukan ketika ini untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Titah penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 hari ini.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.

Raja ilmuan berjiwa rakyat
Kesarjanaan Sultan Nazrin bukan sahaja dikagumi rakyat negara ini, malah turut disanjung masyarakat antarabangsa.