Agenda transformasi sosio-ekonomi kerajaan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), yang dilaksanakan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia memenangi Anugerah Tadbir Urus Baik Global (3G) bagi Program Transformasi Ekonomi Terbaik 2017 di sini, pada Selasa.
Tiga program transformasi ekonomi lain dicalonkan bagi kategori anugerah yang sama ialah ''One Belt One Road'' dari China, ''The China Pakistan-Economic Corridor'' dan ''The Transforming Kenya from Kenya''.
Anugerah itu, yang disampaikan oleh Pengerusi Pengasas Anugerah 3G , Profesor Humayon Dar merupakan pengiktirafan terhadap kejayaan Kerajaan Malaysia dalam mempercepatkan transformasi sosio-ekonomi dalam ECER menerusi pelaksanaan projek berimpak tinggi dan program meningkatkan pelaburan swasta dan awam dengan matlamat utama memperkasakan masyarakat dan meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh wilayah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata kejayaan program transformasi ECER jelas terbukti apabila lebih 140,000 pekerjaan baharu diwujudkan susulan pencapaiannya dalam menarik pelaburan projek bernilai RM102 bilion, pada Mac 2017, yang merupakan 92 peratus daripada sasaran pelaburan berjumlah RM110 bilion menjelang 2020.
Pelaburan itu membuka peluang pekerjaan bagi pekerja mahir serta dalam bidang teknikal dan pengurusan, mencerminkan peluang besar bagi tenaga kerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi yang lebih baik.
"Program pembangunan modal insan ECERDC yang holistik dan inklusif telah melatih generasi baharu pekerja mahir dan usahawan; majoritinya daripada masyarakat kurang bernasib baik di kawasan luar bandar bagi memenuhi permintaan baharu ini," katanya kepada Bernama pada majlis anugerah itu.
ECERDC ialah badan berkanun yang menerajui pelaksanaan pelan induk ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor.
Setakat ini, 655,000 orang telah mendapat manfaat daripada semua projek dan program itu, yang mana 97 peratus adalah daripada kumpulan isi rumah berpendapatan bawah 40 peratus (B40).
Menyentuh mengenai kemenangan tersebut, Jebasingam berkata anugerah itu merupakan bukti usaha padu pihak berkepentingan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam memacu agenda transformasi negara.
"Anugerah ini merupakan pengiktirafan global yang menunjukkan kami melaksanakan sesuatu yang baik, yang mana semua program ECER dilaksanakan dengan mampan dan inklusif, memberi penekanan kepada peluang perniagaan dan pertumbuhannya, serta, memperkasakan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Teras ECER ialah rakyat, di mana semua projek dan program kami adalah berpaksikan kepada rakyat. Intipati ini perlu diterjemahkan menjadi tiga matlamat iaitu mewujudkan peluang pekerjaan, peluang usahawan dan pendapatan isi rumah yang lebih baik," kata Jebasingam.
Pada masa hadapan, beliau berkata, pengembangan Pelabuhan Kuantan dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 600 kilometer akan menjadi projek pembawa perubahan bagi meningkatkan lagi jalan hubungan dan merangsang pelaburan swasta di ECER.
Anugerah 3G itu, yang diasaskan oleh Cambridge IF Analytica, organisasi berpangkalan di United Kingdom diberikan kepada kerajaan, korporat dan organisasi bukan kerajaan atas kecemerlangan dalam ketelusan, tadbir urus yang baik dan tanggungjawab sosial.
Para pemenang anugerah dipilih menerusi undian global dan para juri yang dianggotai personaliti terkemuka daripada kerajaan, industri dan ahli akademik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017

ECERDC ialah badan berkanun yang menerajui pelaksanaan pelan induk ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.

PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.

Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.

Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.