TUJUH Ahli Parlimen Thailand berketurunan Melayu membuat kejutan apabila mengenakan busana baju Melayu ketika menghadiri sidang Parlimen negara itu pada 4 April lalu.
Ia sebagai salah satu usaha mereka untuk memartabatkan kebudayaan dan adat resam Melayu di Thailand, serta sebagai manifestasi untuk memberi sokongan bagi melindungi kebudayaan dan adat resam Melayu di negara majoriti Buddha itu.
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Langkah ini dianggap luar biasa memandangkan ia tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen Thailand, dan pada masa sama, kod kebudayaan Thailand yang diperkenalkan pada 1932 melarang keras pemakaian baju-baju kebudayaan lain, selain yang diperkenalkan menerusi kod kebudayaan berkenaan.
Selain itu, tradisi berbaju Melayu juga berdepan dengan stigma kerana sering dikaitkan dengan kumpulan pemisah.
Kamolsak Liwamo yang juga Ahli Parlimen yang mewakili wilayah Narathiwat, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand berkata kesepakatan untuk mengenakan baju Melayu pada hari-hari terakhir Ramadan itu dibuat sebagai tindak balas kepada respon buruk yang diberikan oleh kerajaan susulan perhimpunan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
Pada perhimpunan berkenaan, pihak keselamatan membuka beberapa kertas siasatan kerana mengesyaki ada penglibatan kumpulan pemisah.
“Kita nak menjelaskan kepada pihak berkuasa, terutamanya pihak tentera dan polis, bahawa pemakaian baju Melayu adalah sesuatu perkara biasa (dalam masyarakat Melayu) dan ia tidak melibatkan elemen aktiviti kumpulan pemisah,” tegas Kamolsak.
Kamolsak turut menceritakan mengenai maklum balas yang beliau terima sebaik sahaja memasuki Dewan Parlimen dengan baju Melayu lengkap.
Katanya, ramai kalangan ahli parlimen dari wilayah lain yang berasa hairan dengan busana yang digayakan mereka pada hari berkenaan, malah ramai juga yang bertanya-tanya tentang pakaian mereka.
“Ramai wartawan juga merakamkan momen-momen kami berbaju Melayu di Parlimen. Saya juga berasa sangat terharu dan sebak, kerana akhirnya baju Melayu kita dapat masuk ke Dewan Parlimen,” ceritanya.
Tambahnya, pihak Parti Prachachart turut akan menyertai perhimpunan besar yang akan dianjurkan sempena Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini dan berharap bahawa pihak keselamatan tidak lagi memandang serong acara ini.
Terdapat 13 wakil rakyat berketurunan Melayu yang mewakili wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani, di mana daripada jumlah berkenaan, tujuh adalah dari Parti Prachachart.
Shafizan Johari
Sat Apr 13 2024
Tujuh Ahli Parlimen Thailand berketurunan Melayu membuat kejutan apabila mengenakan busana baju Melayu ketika menghadiri sidang Parlimen negara itu pada 4 April lalu. - Kredit: Parti Prachachart
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.