Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk bergerak seiringan dengan perubahan teknologi terkini termasuk menjalankan perniagaan dalam talian, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata pendekatan baharu seperti perniagaan dalam talian atau E-commerce mampu membuka peluang perniagaan tanpa sempadan dengan kelebihan kos pengendalian murah dan sasaran pelanggan lebih luas.
"Transaksi sebegini boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan boleh beroperasi 24 jam dan 7 hari seminggu," katanya ketika merasmikan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 di sini, hari ini.
BACA: Industri kraf dan kreatif perlu dilonjakkan ke pasaran global - PM
Beliau berkata selain itu, kerjasama bersepadu antara Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan syarikat-syarikat pemasaran dalam talian perlu diadakan secara lebih meluas bagi membolehkan usahawan tempatan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan peluang perniagaan.
"Dalam konteks ini, kursus dan latihan berkaitan haruslah diadakan kepada usahawan yang berminat," katanya.
Rosmah juga menggalakkan usahawan wanita yang kini mendominasi 70 peratus daripada industri kraf negara untuk meningkatkan perniagaan masing-masing dan membuktikan industri itu mampu menjana pendapatan lumayan.
"Tidak dinafikan kreativiti dan kehalusan seni biasanya berhubung kait dengan naluri wanita, namun kebanyakan usahawan wanita masih melakukan perniagaan di peringkat kecil-kecilan.
"Mereka menganggap ia hanya sekadar kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga dan bukanlah satu kerjaya yang boleh dikomersialkan. Hakikatnya ia mempunyai potensi menjana pendapatan besar.
"Oleh itu, mereka perlu keluar daripada kepompong pemikiran sedemikian dan melihat kerjaya mereka dari perspektif yang luas dan cuba menerokai peluang sedia ada untuk meningkatkan perniagaan mereka," katanya.
HKK 2017, yang dibuka kepada orang ramai bermula 22 Feb hingga 6 Mac, menampilkan aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran 28 koleksi pakaian Rosmah yang terdiri daripada kraf batik dan songket, jualan kraf, demonstrasi kuih tradisional dan persembahan kesenian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017

ROSMAH: Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk bergerak seiringan dengan perubahan teknologi terkini. - Gambar fail

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Rosmah ditahan SPRM, didakwa esok
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Dari atas katil hospital, ini reaksi Anwar mengenai nilai rampasan di premis berkaitan Najib!
Anwar Ibrahim menyifatkan kemewahan dan keborosan ini sangat mengaibkan dan cukup memualkan!

"Wan Azizah atau Nurul Izzah berkemungkinan bertanding di Pandan" - Rafizi
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau Nurul Izzah Anwar bakal bertanding di kawasan Parlimen Pandan menggantikan Rafizi Ramli.

'Sheila Majid, jangan jadi alat propaganda pembangkang' - Rizal Mansor
Tidak ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Pandu Puteri Malaysia perlu lebih kreatif, inovatif - Rosmah
Pemimpin dan anggota PPPM perlu lebih kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baharu terutama apabila melibatkan pelaksanaan sesuatu program, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Permata tidak boleh dipisahkan daripada JPM - Rizal
Permata tidak boleh dipisahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kebanyakan programnya dicipta untuk mengisi jurang percanggahan antara beberapa undang-undang termasuk Akta Pendidikan.

Taska Permata Puspanita perlu diperluas di peringkat daerah - Rosmah
Penubuhan Taska Permata Puspanita perlu diperluaskan di seluruh cawangan kecil termasuk di setiap daerah, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Usahawan kraf perlu bergerak seiring perubahan teknologi - Rosmah
Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk bergerak seiringan dengan perubahan teknologi terkini termasuk menjalankan perniagaan dalam talian, kata Datin Seri Rosmah.

Ambil tahu anak sudah pulang atau tidak pada lewat malam - Rosmah
Ibu bapa perlu tegas dengan anak remaja serta sentiasa ambil tahu dan peka sama ada anak mereka sudah pulang ke rumah atau tidak apabila lewat malam, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Kejayaan integrasi ASEAN bergantung kepada penerimaan rakyat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat ASEAN perlu merasakan bahawa mereka tergolong dalam perkumpulan itu.