KUALA LUMPUR: Usahawan, Anja Juliah Abu Bakar, menerima anugerah Commonwealth Points of Light sebagai pengiktirafan terhadap kerja sukarela dan khidmatnya yang luar biasa kepada masyarakat.
Beliau menerima sijil yang ditandatangani mendiang Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel sebelum pemergiannya, sekali gus menjadikan anugerah itu lebih istimewa kepada usahawan sosial itu atas khidmatnya dalam mendidik remaja perempuan di luar bandar mengenai kesihatan haid.
“Anugerah ini satu kejutan buat saya. Tepat 10 tahun yang lalu, saya mula mengajar kanak-kanak perempuan di luar bandar tentang haid dan menaja tuala wanita yang boleh dibasuh kepada mereka.
“Remaja perempuan terlepas lima hingga tujuh hari persekolahan dalam sebulan dan 60 hari persekolahan dalam setahun. Dan ini kerana mereka dari keluarga miskin tegar dan tuala wanita adalah sesuatu yang mewah bagi mereka.
"Kerana itu, mereka mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah pada hari berkenaan dan ini adalah satu pembaziran, banyak waktu persekolahan dibazirkan dan niat kami adalah untuk memastikan mereka pergi ke sekolah, mengurangkan ketidakhadiran kerana tidak mempunyai produk kebersihan.
"Pada tahun 2017, kami mula memantau rapat anak-anak gadis yang bekerja dengan kami, terutamanya daripada masyarakat Orang Asli dan kami gembira kerana 99 peratus daripada mereka kekal di sekolah sehingga tingkatan lima,” katanya pada sidang media selepas menerima anugerah itu daripada Pesuruhjaya Tinggi Britain Charles Hay di kediamannya, pada Khamis.
Beliau berkata usahanya menyediakan tuala wanita yang boleh diguna semula, membolehkan remaja-remaja ini meneruskan pengajian mereka dengan selesa selain mengurangkan jumlah tuala wanita yang dibuang ke tapak pelupusan sampah.
Sementara itu, Hay memuji usaha Anja Julian dan menyifatkan ia berjaya membantu dalam memastikan kanak-kanak perempuan di luar bandar kekal di sekolah dan mendapat pendidikan yang diperlukan.
Anugerah Commonwealth Points of Light telah dilancarkan di United Kingdom pada 2018 semasa UK mempengerusikan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
Sebelum Anja Juliah, empat lagi rakyat Malaysia telah menerima anugerah Commonwealth Points of Light sejak 2018, termasuk Kuan Chee Heng, yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
Madiha Abdullah
Thu Sep 29 2022

Usahawan, Anja Juliah Abu Bakar, menerima anugerah Commonwealth Points of Light sebagai pengiktirafan terhadap kerja sukarela dan khidmatnya yang luar biasa kepada masyarakat. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Usahawan Malaysia terima anugerah 'Commonwealth Points of Light'
Anja Juliah menerima sijil yang ditandatangani mendiang Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel sebelum pemergiannya.