ARAU: Usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah berjaya boleh menjadi mentor kepada veteran baharu yang berminat menceburi bidang itu sebagai kerjaya selepas tamat perkhidmatan.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata usahawan veteran ATM boleh memberi motivasi dan berkongsi pengalaman kejayaan mereka dengan veteran lain menerusi medium seperti karnival keusahawanan.
Beliau menyeru kepada veteran yang ingin menceburi bidang keusahawanan, pertanian dan perladangan, agar tampil dan mendapatkan bantuan khidmat nasihat, geran padanan, dana pembiayaan dan fasiliti yang bersesuaian daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
"Bagi melicinkan usaha menyalurkan bantuan kepada veteran, saya menggesa individu untuk mendaftar diri dengan JHEV," katanya kepada pemberita selepas melawat empat veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran (PPV) bersama Ketua Pengarah JHEV Mej Jen Zambery Jefry Darus dan persatuan-persatuan Veteran Negeri Perlis di sini pada Jumaat.
Adly berkata, PPV merupakan satu daripada inisiatif kementerian yang memberi fokus kepada veteran dan keluarga tanggungan khususnya dalam aspek kebajikan agar diberi perhatian sewajarnya dan kaedah itu juga membolehkan kementerian menyantuni dan mendengar keluh-kesah veteran secara bersemuka.
"Selain itu, kementerian juga dapat mengenal pasti usahawan veteran yang berjaya di lapangan masing-masing yang boleh menjadi motivasi dan inspirasi kepada veteran-veteran lain serta masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023

Adly semasa Program Peduli Veteran (PPV) bersama Ketua Pengarah JHEV Mej Jen Zambery Jefry Darus dan persatuan-persatuan Veteran Negeri Perlis pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kerajaan komited pastikan kebajikan veteran seni tanah air terjaga - Fahmi
Fahmi berkata beberapa perancangan bagi menyantuni artis-artis veteran sedang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.

Usahawan veteran ATM disaran jadi mentor kepada veteran lain
Usahawan veteran ATM boleh beri motivasi dan berkongsi pengalaman kejayaan mereka dengan veteran lain.

Veteran tentera disaran bantu uar-uarkan peranan JHEV ATM
Terdapat pelbagai skim yang diwujudkan bagi membantu veteran ATM, dan akan ditambah baik dari masa ke semasa.

PRU15: BN Perak pertaruh veteran rampas DUN Sungai Manik, Tualang Sekah
BN Perak mempertaruhkan veteran UMNO untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik dan Tualang Sekah pada Pilihan Raya Umum ke-15.

PVATM mohon tiga permintaan dimasukkan dalam Bajet 2023
Perkara itu perlu diberi perhatian kerajaan dalam Bajet 2023 kerana ia berkaitan langsung dengan kehidupan harian pesara.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Elaun kenangan veteran ATM, Mindef tunggu keputusan kerajaan
Kementerian Pertahanan menunggu keputusan rasmi kerajaan berhubung pemberian elaun kenangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Veteran ATM tidak berpencen perlu sedia, kreatif, teroka 'peluang kedua'
Nasib anggota tentera untuk menghadapi kehidupan selesa selepas tamat perkhidmatan wajar diberi perhatian.

Pelakon filem Prebet Lapok, Tawil meninggal dunia
Berita pemergian pelakon veteran itu disahkan anaknya yang juga Penerbit Promo Program Astro AWANI, Mohammad Firdaus Abu Bakar pada Jumaat.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis kepada warga PDRM, veteran dan pesara
Seri Paduka Baginda zahir penghargaan kepada warga PDRM di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah dan masa.