KOTA TINGGI: Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, hari ini, di atas empat pertuduhan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM295,550 tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Nizam Noh, 49, yang juga dikenali sebagai 'Ustaz Nizam' membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Norsiah Ujang.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa sebagai pengarah syarikat Massnizam Group Travel and Tours Sdn Bhd telah memindahkan wang sebanyak RM295,550 yang diperoleh menerusi aktiviti haram ke dalam akaun bank persendirian dan akaun bank syarikat miliknya, serta akaun bank isteri keduanya.
Bapa kepada tujuh anak itu dituduh melakukan kesalahan itu di tiga buah cawangan bank di sekitar Kota Tinggi, di antara 17 Mac 2019 dan 13 November 2019.
Mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pembentangan fakta dan jatuh hukum.
Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM40,000 berserta seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan.
Selain syarat tambahan, pasport antarabangsa tertuduh juga diserahkan kepada mahkamah.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurazihah Asmuni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes didakwa mengikut perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama serta dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama.
Tertuduh bakal berdepan pendakwaan di beberapa buah negeri memandangkan terdapat 104 laporan polis dibuat terhadapnya di seluruh negara.
Laporan polis itu difahamkan membabitkan 104 mangsa penipuan pakej umrah di Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor dengan nilai kerugian lebih RM3.2 juta.
Astro Awani
Thu Sep 22 2022

Mohd Nizam Noh ketika diiring polis di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi bagi berdepan empat pertuduhan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM295,550 tiga tahun lalu. -Astro AWANI

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.

'Ustaz Nizam' mengaku bersalah 4 pertuduhan pindah wang hasil aktiviti haram
Tertuduh, mohd nizam noh, 49 tahun, yang juga dikenali sebagai 'ustaz nizam' membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan dihadapan hakim, norsiah ujang.