Pemuda UMNO kekal dengan pendirian untuk terus menghantar usul-usul Mesyuarat Pemuda Bahagian terus kepada Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tiada sebarang keperluan untuk mana-mana pihak termasuk Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menapis usul yang dibawa kerana ia mewakili suara akar umbi.
"Kita akan sampaikan kepada Presiden (UMNO) nanti dalam perjumpaan kita dengan Presiden. Saya rasa tidak ada apa-apa keperluan untuk menapis sebab ini adalah usul yang datang daripada bahagian," kata Khairy di sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara XMT Technologies dengan 3Roam dan Damm Cellular Systems di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun akan menghantar usul-usul terbabit kepada ibu pejabat UMNO yang merupakan sebahagian prosedur pentadbiran.
"Kita cuma nak sampaikan kepada Presiden. Ini antara pandangan dan cadangan yang dibuat oleh akar umbi dan saya tengok usul-usul pun tidak ada keperluan untuk dihantar dahulu kepada mana-mana pihak.
"Sudah pasti kita hantar kepada pihak ibu pejabat UMNO sebagai prosedur pentadbiran biasa. Saya tidak nampak apa-apa yang perlu ditapis atau perlu melalui proses yang tidak secara langsung kepada Presiden," jelasnya.
Khairy pada Isnin berkata beliau akan mengemukakan usul-usul Mesyuarat Pemuda Bahagian ke perhatian Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Naib Presiden UMNO selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi.
Lazimnya, usul-usul yang dicadangkan oleh setiap bahagian akan diperhalusi Setiausaha Agung UMNO sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi.
Tengku Adnan sebelum ini mengumumkan Mesyuarat Majlis Tertinggi akan bersidang pada 9 September depan setelah semua bahagian bermesyuarat.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 25 2015

KHAIRY: Pemuda UMNO kekal dengan pendirian untuk terus menghantar usul-usul Mesyuarat Pemuda Bahagian terus kepada Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.