KUALA LUMPUR: Minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat berakhir dengan kelulusan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong.
Usul itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 27 kementerian selesai menggulung perbahasan usul itu yang bermula Isnin, dimulakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta berakhir dengan Jabatan Perdana Menteri semalam.
Pelbagai isu yang dibangkitkan 110 Ahli Parlimen pada sesi perbahasan usul itu dijawab oleh menteri-menteri berkaitan dalam masa empat hari sesi penggulungan.
Setiap soalan rata-ratanya berkaitan kepentingan di kawasan masing-masing serta isu-isu nasional antaranya tuntutan waris Kesultanan Sulu, impak konflik Rusia-Ukraine, minyak masak bersubsidi, memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dan Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) dijawab oleh menteri atau timbalan menteri dan kebanyakan jawapan diterima dengan baik.
Bagaimanapun, persidangan sedikit kecoh ketika sesi penggulungan Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique pada Rabu sehingga menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memutuskan untuk menangguhkan persidangan selama lima minit.
Kekecohan itu tercetus apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan jawapan Halimah berhubung isu dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Isu yang mencetuskan kekecohan itu turut menyebabkan Ahli Parlimen Batu Gajah Sivakumar Varatharaju Naidu diarah keluar dewan untuk tempoh 10 minit.
Menjelaskan isu dana MITRA itu, Halimah berkata semua persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen tidak akan dijelaskan dalam taklimat PTMI yang dijadual pada 22 Mac ini, sebaliknya ia akan dijelaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik siasatan selesai.
Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang meneliti semua permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang dikatakan telah dilaksanakan oleh penerima geran peruntukan MITRA sejak 2019 hingga 2021.
Ini susulan penahanan beberapa pengarah syarikat yang disyaki terlibat dengan penyelewengan geran peruntukan dikeluarkan MITRA.
Persidangan minggu ini turut menyaksikan lima rang undang-undang (RUU) dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat iaitu RUU Racun (Pindaan) 2022 serta empat RUU di bawah Kementerian Kewangan iaitu RUU Perbekalan Tambahan (2021/2022), RUU Syarikat Labuan (Pindaan) 2022, RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 dan RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022.
Turut menarik perhatian adalah khabar angin peletakan jawatan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti dilaporkan sebuah media tempatan, susulan ketidakhadirannya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dan pembentangan empat RUU di bawah kementerian itu untuk bacaan kali pertama di Parlimen semalam.
Susulan laporan media itu, Tengku Zafrul tampil menafikan khabar angin itu dan menyifatkan laporan tersebut sebagai palsu kerana beliau mempunyai urusan kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pagi semalam.
Isu berkenaan timbul apabila Tengku Zafrul digantikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah bagi membentangkan empat RUU di bawah kementerian itu semalam.
Mengenai ketidakhadiran beliau di Parlimen pada sesi MQT, Tengku Zafrul menjelaskan mengikut prosedur operasi standard MQT, hanya menteri yang boleh memberikan jawapan dan menurutnya, ini bukan kali pertama seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan menteri lain.
"Terima kasih Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad) kerana membacakan jawapan saya. Semua soalan tambahan akan saya sediakan jawapan secara bertulis, dan saya meminta maaf kepada Ahli Parlimen Padang Serai, Tumpat dan Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) atas kesulitan yang telah berlaku," kata Tengku Zafrul.
Sidang bersambung Isnin ini dengan pembentangan usul-usul dan sembilan RUU untuk bacaan kali kedua antaranya RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021, RUU Antigangguan Seksual 2021, RUU Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 dan RUU Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Sidang Dewan Rakyat bersambung Isnin ini dengan pembentangan usul-usul dan sembilan RUU untuk bacaan kali kedua. - Gambar fail BERNAMA
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
KPDN terbuka kaji syor naikkan nilai denda jika salah guna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Malaysia sanggup lakukan apa sahaja demi kedamaian Palestin
Malaysia mengalu-alukan usaha dalam mencapai kedamaian di Gaza susulan persetujuan Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Tiga pekerja restoran pengsan
Tiga pekerja restoran makanan segera di Kuala Nerus pengsan selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di premis berkenaan.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.