BUTTERWORTH: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahukan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED) dipertingkatkan dalam isu saringan terhadap tahap kronik pesakit bukanlah bertumpu kepada pakaian seseorang pesakit.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keutamaan akan diberikan berdasarkan tahap kesakitan seseorang pesakit yang hadir bagi mendapatkan rawatan ke hospital.
"Kita mahu peningkatan perkhidmatan kesihatan di ED terkait 'TRIAGING' memberi pesakit, 'triage' berdasarkan 'severity illnesses' dan bukan terkait hal pakaian seseorang pesakit," katanya melalui hantaran di aplikasi X.
Beliau mengulas berhubung isu seorang warga emas yang dilarang melawat pesakit di sebuah hospital kerajaan kerana berseluar pendek.
Ketika itu, lelaki berusia 70-an itu dipercayai memakai baju T, berseluar atas lutut dan berkasut sukan ketika tiba di Hospital Seberang Jaya petang Isnin lalu.
Dalam perkembangan berbeza, Dzulkefly juga mengulas bahawa proses saringan yang didakwa dilakukan selepas lima jam pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) adalah tidak wajar.
"Kematian di HSAH selepas tunggu lima jam untuk 'ditriage', tak wajar berulang," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa KKM akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di HSAH seperti yang ditularkan di media sosial Khamis lalu.
HSAH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak pengurusan hospital telah memulakan siasatan berhubung kejadian dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus, mengikut prosedur yang telah ditetapkan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 15 2023

Tangkap layar hantaran Dr Dzulkefly di platform X. - Gambar/ Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly
KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.

Sistem Kesihatan KPJ bukti transformasi berasaskan nilai - Dr Dzulkefly
Sistem Kesihatan KPJ yang dilancarkan pada Sabtu adalah simbol transformasi kepada landskap sektor kesihatan negara.

Lagi satu kes doktor mati, disyaki mangsa dibuli
KKM sedang menyiasat satu lagi kematian membabitkan pengamal perubatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang yang didakwa dibuli.

Hasil siasatan kematian pakar perubatan didakwa mangsa buli akan didedahkan - Dr Dzulkefly
KKM bakal mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa bebas yang menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi Hospital di Lahad Datu, yang didakwa dibuli di tempat kerja.

Langkah tangani insiden bahan kimia, nuklear dalam garis panduan baharu KKM
Langkah kesiapasiagaan petugas kesihatan bagi menangani insiden melibatkan bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan merupakan antara inti pati lima garis panduan baharu KKM.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.

Utamakan khidmat kecemasan, bukan soal pakaian - Dr Dzulkefly
KKM mahukan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED) dipertingkatkan dalam isu saringan terhadap tahap kronik pesakit bukanlah bertumpu kepada pakaian seseorang pesakit.

PRU15: Tengku Zafrul tewas, Dr Dzulkefly Ahmad kekal di Kuala Selangor
Calon (Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berjaya mengekalkan kerusi parlimen disandangnya, Kuala Selangor dengan majoriti 1,002 undi.

Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal
Kenyataan beliau mendapat respons positif daripada Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang.