KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan semua wakil rakyat yang memenangi pilihan raya negeri (PRN) supaya mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat berbanding kepentingan politik atau peribadi.
Baginda bertitah, rakyat telah memberikan amanah kepada mereka untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar atau keputusan.
“Beta juga suka mengingatkan semua wakil rakyat supaya sentiasa bekerjasama dan tertib serta mengambil bahagian dengan baik dalam setiap perbincangan mengenai sesuatu permasalahan, terutamanya ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang kelak.
“Ini bagi memastikan, rakyat beta di negeri yang beta kasihi ini akan sentiasa mendapat nikmat daripada setiap dasar yang dirangka dan dilaksanakan.
“Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini kerana kesetiaan utama kamu ialah untuk negeri, bukannya kepada mana-mana parti politik ataupun keperluan peribadi,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.
Pada istiadat itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua berturut-turut.
Dalam pada itu, Tuanku Muhriz turut bertitah mahu melihat kerajaan negeri yang baharu ini ditadbir dengan asas ketelusan dan akauntabiliti yang kukuh.
Titah baginda, jabatan dan agensi kerajaan juga perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi tanpa ada kecondongan kepada mana-mana fahaman politik.
“Beta turut menyeru kepada seluruh anggota tentera dan polis serta semua agensi keselamatan untuk terus berkhidmat kepada Raja dan Negara.
“Juga kepada badan kehakiman, agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan unit pendakwaan, beta berpesan supaya terus berkhidmat dengan bebas dan profesional berpaksikan keadilan dan kesaksamaan,” titah baginda.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Aug 14 2023

Tuanku Muhriz turut bertitah mahu melihat kerajaan negeri yang baharu ini ditadbir dengan asas ketelusan dan akauntabiliti yang kukuh.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.