Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan model realisasi slogan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang diilhamkannya selepas menyandang jawatan Perdana Menteri pada 2009.
Semasa mengilhamkan slogan itu, beliau tidak mahu slogan itu tinggal sebagai slogan tanpa tindakan susulan bagi sebaliknya mahu memastikan natijahnya benar-benar dirasai rakyat seperti digambarkan oleh slogan itu sendiri.
"Pada saya '1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' bukan sahaja slogan, tetapi mestilah disertai dan disusuli dengan tindakan-tindakan yang menepati kata-kata itu.
"Satu daripada caranya ialah kita perlu perkenalkan produk-produk dan kaedah pentadbiran yang selari dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Lantaran itu, kita buat Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan kita juga telah melahirkan UTC-UTC di seluruh negara.
"Bila kita lihat kapada konsep UTC, ia boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia, maka ia menepati konsep 1Malaysia," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan UTC Labuan di Pasar Sentral Labuan di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Anggota Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli.
UTC Labuan, yang dibina dengan kos RM23 juta dan siap dalam tempoh lapan minggu, menempatkan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk penduduk Labuan serta Lawas dan Limbang di Sarawak dan Kuala Penyu di Sabah.
Najib berkata konsep UTC, yang menempatkan semua pentadbiran kerajaan dekat dengan rakyat di bawah satu bumbung, amat menepati konsep rakyat didahulukan manakala pembinaannya yang mengambil masa singkat pula tepat dengan konsep rakyat diutamakan.
Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menyediakan sistem perkhidmatan kerajaan melalui konsep UTC yang bertujuan memberi perkhidmatan lebih cepat, cekap dan murah kepada seluruh lapisan rakyatnya.
Sementara itu, Najib menasihatkan penduduk Labuan yang mungkin merasa kesan akibat kejatuhan harga gas dan petroleum di pasaran global, supaya bersabar dan bertahan.
"Walaupun berdepan situasi sukar itu, kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Dalam keadaan ini, kita mestilah bertahan, faham akan keadaan ini kerana kita pernah mengalami keadaan lebih buruk pada masa-masa lalu. Saya percaya kalau rakyat terus bersama dengan kerajaan, memahami kerajaan, kita akan menanganinya dan kita boleh meletakkan asas yang lebih kukuh kepada ekonomi kita secara berterusan," katanya.
Menurutnya dengan Malaysia turut mengalami kesan kejatuhan harga minyak, beliau yakin ekonomi negara boleh berkembang antara 4.4 peratus hingga 4.5 peratus pada tahun ini berbanding 5.1 peratus pada sembilan bulan pertama tahun lalu.
Bernama
Sun Feb 07 2016

Najib berkata '1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' bukan sahaja slogan, tetapi mestilah disertai dan disusuli dengan tindakan -tindakan yang menepati kata-kata itu.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.

KR1M 2.0: Jual barangan berjenama tetapi harga bawah pasaran - PM
Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menampilkan konsep yang berbeza.

Najib lancar ikon 1Malaysia Negaraku
Penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinomim dengan kedua-dua konsep berkenaan.

Perlembangaan Persekutuan perlu diajar sejak di sekolah rendah - Bekas Hakim
Datuk Mohd Noor Abdullah berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.

Malaysia akan terus hantar pelajar ke Jepun dan Korea - PM Najib
Malaysia telah menghantar banyak pelajarnya ke Jepun dan Korea Selatan, dan akan terus berbuat demikian, serta ke hampir seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

UTC model realisasi slogan 1Malaysia - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan model realisasi slogan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pelihara penyatuan rakyat atas semangat 1Malaysia - Muhyiddin
Sejarah kegemilangan penyatuan rakyat di bawah sebuah negara bernama Malaysia mesti terus dipelihara dan diteruskan atas semangat 1Malaysia.

Majlis Konsultasi Negara dilancar bagi pupuk perpaduan
MKPN yang dianggotai 30 panel terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, ahli politik, pegawai-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis.

KPDNKK sedia pertimbang cadangan KR1M hanya untuk rakyat tempatan
Ia kerana KR1M diwujud sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.

Sidang Parlimen:Tiada lagi permit teksi tambahan
Kerajaan telah pun memberikan 1000 permit individu melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) 24 Mac yang lalu.