BATU PAHAT: Pembaziran juadah makanan yang tidak habis dijual di bazar Ramadan menjadi pencetus inovasi baja kompos dengan kaedah kembali kepada alam.
Program pengurusan sisa makanan ini dikendalikan bersama peniaga bazar, SWM Environment Sdn Bhd dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.
Ketua projeknya, Profesor Madya Ir Dr Noor Yasmin Zainun berkata, program menggunakan serangga 'black soldier fly larva' itu bertujuan mengurangkan kapasiti pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah khususnya pada bulan Ramadan.
Sejak dimulakan pada Februari lalu, 50 peserta terdiri daripada peniaga bazar dan komuniti setempat.
Menerusi program itu, tong sampah khas disediakan SWM dengan kapasiti 50 kilogram sisa makanan diletakkan di bazar dan dibawa ke Pusat Penyelidikan Sisa Pepejal (PPSP) di UTHM.
"Sejenis lalat yang bukan vektor, iaitu tidak membawa penyakit.
"Larva lalat 'black soldier' ini akan diletakkan dalam sisa makanan dan ia akan makan sisa itu.
"Selepas 7 hingga 14 hari, akan terhasil baja organik tanpa bahan kimia.
"Larva itu sendiri menjadi alternatif untuk makanan ternakan seperti unggas dan ikan.
"Sekarang ini di Malaysia, sebanyak 500 tan sisa setiap hari dan daripada jumlah itu, hanya lima peratus sahaja yang boleh dikitar semula.
"Paling banyak adalah sisa makanan," katanya ketika ditemui Astro AWANI di UTHM, Batu Pahat.
Mengulas lanjut, larva lalat 'black soldier' yang diimport dari Eropah ini akan bertelur 20 gram sehari.
Telur tersebut akan dimasukkan ke dalam sisa makanan yang telah diasingkan dalam satu plot khas.
Ia akan menetas menghasilkan ulat yang memakan sisa makanan dan menjadikan baja organik.
Ulat muda berwarna putih akan menjadi makanan sumber protin kepada haiwan ternakan seperti burung, ayam dan ikan.
Manakala ulat dewasa berwarna hitam akan membesar semua menjadi lalat 'black soldier' dewasa.
Jelas Noor Yasmin, 100 kilogram sisa makanan boleh menghasilkan 10 kilogram baja kompos organik yang dijual pada harga 7 ringgit sekilogram.
Berdasarkan kajiannya, hasil tanaman yang menggunakan baja kompos ini akan membesar tiga kali ganda.
Astro Awani
Tue May 11 2021

Program itu bertujuan mengurangkan kapasiti pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah khususnya pada bulan Ramadan. -Astro AWANI

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa
Di pusat KOSIS, petugas akan menerima sisa pepejal itu dan menimbangnya bagi menentukan jumlah yang perlu dibayar.

Jangan membazir, ada 'masa depan' baharu untuk sisa makanan bazar Ramadan
Sisa itu kini bukan lagi sampah tidak bernilai, sebaliknya ia mempunyai 'masa depan baharu' dan boleh memberi manfaat kepada alam sekitar, apabila diproses menjadi baja kompos.

SWCorp Pahang hasilkan baja kompos dari sisa makanan pengunjung Bazar Ramadan
SWCorp Pahang mengambil inisiatif menempatkan mesin kompos sisa makanan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, di Kuantan sepanjang Ramadan.

UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.

TSR Sungai Toh Pawang perintis pengurusan sisa pepejal luar bandar
Taman Sejahtera Rakyat (TSR) Sungai Toh Pawang menjadi kampung pertama yang dipilih melaksanakan projek rintis pengurusan sisa pepejal di kawasan luar bandar.