SINTOK: Pentadbiran wilayah Songkhla, Pattani dan Satun membuka ruang kerjasama luas dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah sektor pendidikan tinggi bagi membangunkan dua bidang yang sangat diperlukan wilayah terbabit ketika ini.
Naib Canselor UUM, Profesor Mohd Foad Sakdan berkata, dua bidang yang diberi keutamaan khusus itu adalah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar dari ketiga-tiga wilayah berkenaan.
Kerjasama UUM dan tiga wilayah ini dibentuk menerusi lawatan tiga hari bermula 28 hingga 30 April lalu.
Delegasi UUM telah mengadakan perbincangan terperinci dengan Gabenor Songkhla, Somnuk Promkheaw; Gabenor Pattani, Pateemoh Sadeeyamu dan Gabenor Satun, Sakra Kapinkarn berkaitan isu pendidikan serantau dan bagaimana UUM yang terletak begitu hampir dengan sempadan Selatan Thailand dapat menawarkan program atau kursus pendidikan tinggi yang sesuai dengan keperluan penduduk serta pelajar dari tiga wilayah terbabit.
“Menerusi perbincangan itu, kita dimaklumkan bahawa latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris sangat diperlukan oleh wilayah Songkhla, Pattani dan Satun. Pihak kami akan melaksanakan segera pelan strategik bagi menjayakan kerjasama pendidikan ini.
“Perjumpaan kita dengan ketiga-tiga Gabenor telah pun menzahirkan satu perkembangan yang positif terutamanya dalam meningkatkan hubungan dan kerjasama dalam bidang pendidikan.
“Universiti Utara Malaysia berterima kasih kepada respon positif yang telah diberikan (dan) untuk langkah selanjutnya, pihak UUM akan membentuk pasukan yang khusus mengikut keperluan setiap wilayah berkenaan bagi memastikan apa yang telah dibincang dan dipersetujui bersama akan dapat kita laksanakan secepat yang mungkin,” jelas Mohd Foad.
Selain memenuhi keperluan pendidikan tinggi tersebut, UUM turut menawarkan pelbagai program dan kursus profesional jangka pendek seperti perniagaan Islam, pembangunan sektor halal dan teknologi komunikasi maklumat.
UUM turut menyatakan kesediaan membantu pelajar Selatan Thailand untuk menduduki ujian Malaysia University English Test (MUET) yang menjadi syarat kemasukan ke universiti di negara ini.
Delegasi UUM memulakan lawatan dengan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Gabenor Songkhla diikuti dengan Gabenor Pattani dan menamatkan lawatan dengan kunjungan hormat ke atas Gabenor Satun.
Kunjungan hormat turut dilakukan ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Sarkawi.
Lawatan tersebut bukan sahaja memperluaskan jaringan kerjasama UUM tetapi menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua negara memandangkan Malaysia bakal menjadi Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun hadapan.
Astro Awani
Thu May 02 2024
![UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714618529_FoadSakdanjpg.jpg)
Mohd Foad (kiri) melakukan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Gabenor Satun, Sakra Kapinkarn.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Pelajar UUM ditemukan mati di bilik asrama, dipercayai terkena kejutan elektrik Pelajar UUM ditemukan mati di bilik asrama, dipercayai terkena kejutan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653385169_TBMAUT.jpg)
Pelajar UUM ditemukan mati di bilik asrama, dipercayai terkena kejutan elektrik
Bapa mendiang Vinosiny Sivakumar tuntut kebenaran dan penjelasan di sebalik kematian anaknya.
![UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/51478958265_UUMGneric.jpg)
UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.
![Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534598011_AHMADBASHAWIR.jpg)
Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikan Ahmad Bashawir sebagai naib canselor kelapan itu berkuatkuasa 26 Ogos ini.
![Wafiyuddin muncul pemain terbaik Malaysia pada Kejohanan PGM Darulaman 2018 Wafiyuddin muncul pemain terbaik Malaysia pada Kejohanan PGM Darulaman 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518876131_Wafiyuddin.jpg)
Wafiyuddin muncul pemain terbaik Malaysia pada Kejohanan PGM Darulaman 2018
Wafi melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan dari semua pihak terutama Naib Canselor dan juga pengurusan tertinggi UUM
![UUM dalam kalangan 1 peratus universiti terbaik Asia UUM dalam kalangan 1 peratus universiti terbaik Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474643978_UUMGeneric.jpg)
UUM dalam kalangan 1 peratus universiti terbaik Asia
Keputusan yang dikeluarkan oleh QS ini menyaksikan UUM melonjak 168 anak tangga sejak kali pertama disenaraikan dalam QS Asia pada tahun 2011.