ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024, sekali gus meletakkannya sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga universiti yang bertungkus lumus bekerja untuk meletakkan UUM sentiasa dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia bukan mudah, apabila universiti perlu bersaing dengan universiti terkemuka lain untuk berada di kedudukan 100 teratas ini.
"Sempena usia UUM yang ke-40 tahun, keputusan ini telah menunjukkan UUM terus unggul di persada antarabangsa khususnya dalam bidang pengurusan, perniagaan dan perakaunan serta sains sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kedudukan UUM yang melonjak itu didorong oleh indikator kualiti penyelidikan, selain mengekalkan markah tinggi untuk kategori pengajaran dan persekitaran penyelidikan.
"Ini secara tidak langsung meletakkan imej dan nama UUM sebaris dengan universiti ternama dunia yang telah mencipta rekod tersendiri," katanya.
THE Young University Rankings 2024 menggunakan 17 indikator dalam lima kategori iaitu pengajaran, kualiti penyelidikan, persekitaran penyelidikan, pandangan antarabangsa dan pendapatan industri di mana pengiktirafan yang dikeluarkan secara tahunan itu menyaksikan lebih 673 universiti dari seluruh dunia disenaraikan bagi penarafan 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

UUM diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024. -Foto UUM
Eda Ezrin 'Bae Soba Bae' yakin akan dibebaskan
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail peRcaya dia akan dibebas dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.
DUN Ayer Kuning: Perak serah notis kekosongan kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat.
Ramadan: Kakitangan kerajaan Perlis nikmati waktu kerja anjal
Semua kakitangan Kerajaan Negeri Perlis akan menikmati jadual waktu kerja anjal dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat bekerja separuh hari sepanjang Ramadan ini.

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu - Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

Undang-undang pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar berkuat kuasa esok
Ini berikutan fasa dua penguatkuasaan akta itu yang bermula 1 Mac 2021 untuk pengamal perubatan tradisional berdaftar dengan KKM, tamat hari ini.

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.
AWANI Ringkas: Penyanyi 'Bae Soba Bae' yakin dibebaskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengiktirafan halal, luaskan pasaran produk Baba’s
Pengiktirafan sijil halal ke atas produk Baba's bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna tetapi turut membuka peluang lebih luas bagi syarikat itu meneroka pasaran baharu.

Tiada siasatan kartel beras dibuka - MyCC
Iskandar berkata, menteri telah menyatakan di Parlimen bahawa tidak timbul isu atau amalan persekongkolan bidaan dalam industri beras dan padi negara.

Apple dijangka kemas kini siri 'iPhone e' setiap tahun – iPhone 17e pada 2026?
Buat masa ini, perkara ini adalah jangkaan awal, dan tidak diketahui sama ada Apple akan meneruskannya atau sebaliknya.

Banjir Kedah: Jalan ke UUM sudah dibuka, boleh dilalui kenderaan biasa - Polis
Jalan utama ke Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Lebuhraya Changlun-Sintok yang sebelum ini dinaiki air, kini sudah boleh dilalui kenderaan biasa.

Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.

UUM di kedudukan ke-79 dalam ranking universiti terbaik Asia 2025
UUM terus cemerlang apabila disenaraikan di kedudukan ke-79 dalam QS World University Rankings: Asia 2025 yang diumumkan hari ini, melonjak 22 anak tangga berbanding edisi sebelumnya.

Tahanan Penjara Alor Setar lulus viva sarjana UUM
Penghuni Penjara Alor Setar berusia 34 tahun itu berjaya mempertahankan tesisnya dalam sesi viva yang dijalankan pada 18 Sept lepas.

Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM
Mangsa dikatakan keluar memancing bersama tiga rakannya di lokasi kejadian sebelum dia ditemukan lemas.

UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.

MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki
MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersama rektor universiti terlibat.

ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM
Ia bagi memastikan pelatih memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan.

Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hala tuju UUM, mahu berada di kedudukan teratas Top Business School
Untuk memperkukuh keterlihatan UUM di peringkat global, hala tuju kedua ditetapkan adalah memperkasa kerjasama strategik antarabangsa.