Prestasi Universiti Utara Malaysia (UUM) terus melonjak apabila berada di kedudukan dalam kelompok 601-800 dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2021 berbanding 801-1,000 pada tahun sebelumnya.
Naib Canselor UUM Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.
"Penilaian skor ini mengambil kira beberapa indikator. Ini membuktikan apa yang dirancang tahun lepas termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif jangka pendek dan panjang mampu melonjakkan UUM di kedudukan yang lebih baik.
"Tahun 2020 merupakan tahun terakhir Pelan Strategik UUM fasa dua, dan fasa tiga akan dimulakan pada 1 Jan 2021. Walaupun UUM terletak jauh di utara tanah air, ia bukan halangan utama apabila berjaya memintas universiti-universiti yang lebih 'senior' di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata menerusi tiga pelan itu, beliau yakin UUM mampu berada di kedudukan baharu yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Kedudukan itu berjaya meletakkan UUM sebagai universiti ketiga terbaik di Malaysia dengan lonjakan enam anak tangga, seterusnya berkongsi kedudukan dengan universiti penyelidikan lain antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Keputusan yang diumumkan semalam itu menyaksikan lebih 1,500 universiti dari 93 negara seluruh dunia tersenarai dalam THE World University Rankings 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020

Walaupun UUM terletak jauh di utara tanah air, ia bukan halangan utama apabila berjaya memintas universiti-universiti yang lebih 'senior' di negara ini.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.

Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikan Ahmad Bashawir sebagai naib canselor kelapan itu berkuatkuasa 26 Ogos ini.