KUALA LUMPUR: 'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini.
Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.
Menurut wartawan Radio Antarabangsa China, Zhang Hong, walaupun telah melengkapkan dua dos pengambilan vaksin COVID-19, namun garis panduan pencegahan wabak masih diteruskan.
"Buat masa ini, walaupun kami telah mengambil vaksin, kami di China masih memakai topeng dan mematuhi penjarakan sosial kerana vaksin ini dikeluarkan dalam tempoh kecemasan.
"Bagaimana keberkesanannya, masih perlu tunggu dan lihat, namun berdasarkan pelbagai statistik yang dikeluarkan, ia berkesan," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Jelasnya, dia tidak mengalami sebarang gejala atau alahan selepas melengkapkan dua dos tersebut.
"Sebelum Tahun Baharu Cina, sejumlah lebih 40 juta dos digunakan di China - ini termasuk saya.
"Kalau dos pertama saya digunakan sebelum Tahun Baharu Cina dan 21 hari selepas dos pertama, saya telah ambil dos kedua.
"Buat masa sekarang, tidak ada apa kesan sampingan dan semuanya baik sahaja," katanya.
Dia juga berharap supaya rakyat Malaysia yakin untuk mengambil vaksin COVID-19 sekali gus memutuskan rantaian pandemik itu.
Ujarnya, sekiranya imuniti kelompok berjaya dilaksanakan dalam skala yang besar, maka cogan kata 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' dapat direalisasikan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Feb 24 2021
Menurut wartawan Radio Antarabangsa China, Zhang Hong, walaupun telah melengkapkan dua dos pengambilan vaksin COVID-19, namun garis panduan pencegahan wabak masih diteruskan. - Foto CRI
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Bila tahu khasiat durian, pasti inginkannya siang dan malam
Raja buah durian ini sebenarnya kaya manfaat yang bagus untuk kesihatan pemakannya, jom hadamkan.
Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di Kedah mulai 1 April
Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau juga dibenarkan dengan pematuhan SOP.
Arab Saudi bakal tarik balik beberapa lagi peraturan COVID-19
Penjarakan sosial akan ditarik balik tetapi rakyat masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup.
Polis siasat sekumpulan lelaki kerumun rak mainan
Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti individu terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut.
Dos penggalak hanya strategi susulan, jangan lupa pelitup muka dan penjarakan sosial - KJ
Khairy berkata, biarpun kerajaan sangat menitikberatkan pengambilan dos penggalak, ia hanyalah satu daripada pelbagai senjata untuk mengekang COVID-19.
PRN Melaka: KKM tak pilih bulu, penganjur program BN di Asahan dikompaun
Notis itu dikeluarkan oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Jasin kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi BN untuk DUN Asahan.
Pantai Bagan Lalang meriah, tapi situasi masih terkawal dan pengunjung patuh SOP
Ada sebilangan mereka datang seawal jam 7 pagi bersama keluarga susulan kerajaan membenarkan aktiviti riadah dilakukan di kawasan itu.
Pengunjung air terjun Sungai Pisang dikompaun langgar SOP
Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak lengkap vaksinasi, selain penjaga kawasan rekreasi didapati gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung.
Pengoperasian sekolah: Pakaian seragam tak perlu, pelitup muka wajib - Radzi Jidin
KPM akan membekalkan topeng muka khusus bagi golongan murid yang kurang berkemampuan, berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
Trend kes COVID-19 Sabah dijangka meningkat jika vaksinasi masih rendah - Pakar UMS
Trend peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka akan terus meningkat sekiranya pemberian vaksinasi di negeri ini masih rendah selain kurangnya kawalan penjarakan sosial.