KUALA LUMPUR: Suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 untuk semua warga pendidik dan kumpulan sokongan sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat 1 Sept depan mampu membendung kewujudan kluster sekolah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang ketika dihubungi berkata kesatuan berterima kasih dengan jaminan yang diberikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berhubung perkara itu dan berharap ia akan direalisasikan.
"Ini sememangnya permintaan NUTP sejak negara memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Dan saya berharap guru-guru di seluruh negara jangan melepaskan peluang keemasan ini bila mendapat janji temu suntikan vaksin," katanya.
Khairy ketika menggulung sesi pertanyaan Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Rabu memberi jaminan semua warga pendidikan akan diberi vaksinasi sebelum sekolah bermula pada 1 Sept.
Menurut Khairy, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti bilangan guru, anggota pelaksana dan perkhidmatan kontrak untuk penjadualan janji temu dos pertama vaksin.
BACA: Semua pendidik terima sekurang-kurangnya satu dos sebelum sekolah buka - KJ
Aminuddin berkata suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin akan meningkatkan keyakinan seramai 430,000 guru di seluruh negara untuk mengajar selain meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nenas Alice Suriati Mazlan berharap vaksinasi kepada guru dapat dilaksanakan segera kerana guru merupakan barisan hadapan yang akan bersemuka dengan murid.
"Guru seharusnya dilindungi dan diberikan keutamaan dalam mendapatkan suntikan vaksinasi," katanya.
Guru sekolah menengah, Linda Hamzah, 49, ketika dihubungi berkata biarpun sesi persekolahan 1 Sept akan bermula dengan kelas peperiksaan, semua guru akan tetap ke sekolah untuk bertugas secara bergilir.
"Jadi perlindungan (vaksinasi) itu amat perlu untuk guru. Kalau belum divaksinasi guru-guru akan bimbang untuk berdepan dengan murid.
"Saya harap proses vaksinasi untuk warga pendidik akan berjalan dengan lancar dalam masa sebulan ini dan sesi persekolahan nanti dapat berjalan dengan baik," katanya.
Seorang lagi guru Lizah Isa, 48, berpandangan suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin untuk guru adalah penting kerana sekolah melibatkan khalayak yang ramai dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) boleh berlaku.
Seorang ibu Azah Muda, 49, yang mempunyai anak di tingkatan satu berkata wujud kebarangkalian murid akan melanggar SOP di sekolah.
Ibu bapa akan lebih yakin jika pelajar turut diberikan vaksinasi selain guru, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021

Khairy memberi jaminan semua warga pendidikan akan diberi vaksinasi sebelum sekolah bermula pada 1 Sept. - Gambar hiasan

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.