BINTULU: Simulasi program vaksinasi di Tatau, Bintulu yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu berjalan lancar.
Ia dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pemberian vaksin COVID-19 di daerah tersebut.
Malah, latihan simulasi itu turut membabitkan golongan warga emas yang merupakan kumpulan fasa kedua yang akan menerima vaksin.
Menurut Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat, dia berpuas hati dengan hasil simulasi itu kerana masa yang diambil sepanjang mengendalikan proses itu berjalan lancar seperti yang dirancang.
“Ini merupakan proses yang sebenarnya dan ia bermula dengan proses pendaftaran dan sebagainya hingga tamat.
“Berdasarkan latihan simulasi, kita berjaya melaksanakannya mengikut waktu yang ditetapkan,” katanya.
Jack berkata demikian selepas memantau latihan simulasi program vaksinasi COVID-19 di Dewan Sukan Tatau pada Khamis.
Bagi Ketua Kampung Dagang, Satim Gapar, yang menyertai latihan simulasi itu berkata, program seumpama ini mampu memberi pemahaman yang lebih baik kepada penduduk di kawasan terlibat menjelang hari suntikan vaksin COVID-19.
“Program simulasi ini dijalankan untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai prosedur sebenar semasa suntikan COVID-19 diberikan.
“Selain itu, dengan adanya program suntikan vaksin ini, ia sedikit sebanyak memberikan kelegaan dan seterusnya membolehkan kita menghindari wabak itu,” katanya.
Manakala bagi Yap Ai Siok yang merupakan penduduk Tatau berpendapat, penyertaan orang awam dalam program seperti ini amat penting bagi memahami kepentingan vaksin COVID-19.
“Informasi sebegini penting dalam mendidik masyarakat untuk memahami kepentingan vaksin dalam membantu menghentikan penularan wabak ini.
“Program ini juga akan membantu memudahkan urusan semasa berlangsungnya hari sebenar suntikan vaksin tersebut kerana orang awam sudah faham setiap perkara yang perlu dilakukan,” tambahnya.
Astro Awani
Thu Feb 25 2021

Latihan simulasi itu turut membabitkan golongan warga emas yang merupakan kelompok fasa kedua yang akan menerima vaksin. - Foto Astro AWANI

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.

Vaksin COVID-19: Simulasi di Tatau, Bintulu berjalan lancar
Simulasi program vaksinasi di Tatau yang dijalankan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu berjalan lancar.