MEMBERI kesedaran dan pendidikan vaksin COVID-19 terutama kepada mereka yang bergelar warga emas tidak mudah.
Lembah lembut, pujukan dan penyampaian yang berkesan amat penting untuk meyakinkan golongan ini untuk bersetuju divaksinasi.
Situasi sama juga dilalui selebriti yang merupakan pengacara terkemuka, Sherry Alhadad, untuk memujuk ibunya.
Katanya, golongan warga emas turut terdedah dengan pelbagai maklumat tidak sahih di media sosial hingga menyebabkan mereka khuatir atau ragu-ragu untuk menerima vaksin.
"Generasi (warga emas) ini, mereka telah melalui banyak zaman...jadi mereka ini lebih berpengalaman.
"Pada masa sama, kita tidak boleh salahkan mereka kerana terlalu cepat percaya sesuatu perkara dan sebagainya.
"Mereka ada hak untuk membaca dan mempercayai apa yang mereka baca.
"Jadi apabila bawa jumpa doktor dan terangkan sebagainya tentang vaksin serta fungsinya, jadi terbukalah hati seperti mak saya untuk terima vaksin juga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sherry yang menerima vaksin 22 Mei lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga tidak menyangka perkongsian di media sosial beliau telah mendapat respons yang amat positif.
"Jadi apabila ada orang memberi reaksi yang mengatakan emak dia setuju untuk mengambil vaksin selepas tengok video saya, saya rasa sangat terharu.
"Ini kerana saya faham kerana betapa sukarnya untuk menyuruh warga emas ini atau golongan ibu-ibu, ayah-ayah kita untuk vaksin kerana mereka telah terdedah dengan apa yang mereka baca dan apa yang mereka dengar.
"Jadi bila saya membantu dengan kadar yang sedikit itu, saya rasa sangat terharu. Alhamdulillah, saya telah melunaskan tugas saya sebagai seorang selebriti," ujarnya.
Mengulas lanjut, Sherry berkata mempunyai pengikut yang ramai di media sosial bukan tiket untuk bermegah-megah, sebaliknya perlu menjadi medium ke arah positif.
"Ada sebab kenapa pengikut media sosial itu tinggi, kerana untuk kita menyampaikan dan menyebarkan kebaikan.
"Apabila proses vaksinasi ini bermula dan saya muat naik video dan sebagainya, bukanlah untuk saya kata 'Guys, aku dah vaksin, korang belum lagi'.
"Bukan, itu bukan itu tujuannya. Sebaliknya ia adalah untuk kata saya pun buat juga perkara yang sama.
"Apabila orang tengok, pengikut saya tengok, 'Oh, Sherry buat juga, kita pun boleh buat juga. Kalau dia (Sherry) boleh buat, kenapa tidak kita'," katanya.
Justeru, dia berharap orang ramai terutama para selebriti untuk terus menggalakkan proses vaksinasi dalam memastikan Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok dalam kadar segera.
Harits Asyraf Hasnan
Sun May 30 2021

Mempunyai pengikut yang ramai di media sosial bukan tiket untuk bermegah-megah, sebaliknya perlu menjadi medium ke arah positif. - Foto Instagram/SherryAlhadad
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Khunsa cabar Sherry Alhadad keluar dari zon selesa
Pelbagai rasa bersarang dalam emosi Sherry semasa menerima tawaran berlakon drama bersiri Khunsa.

Sherry Alhadad positif COVID-19
Memohon doa daripada peminat, Sherry berjanji akan kembali mengemudi rancangan Big Stage Ahad ini.

Sherry Alhadad turun 18 kilogram hasil bersenam, jaga makan
Sherry belum terfikir jalani pembedahan usus untuk kelihatan lansing.

Vaksin COVID-19: Tak mudah pujuk warga emas, terus kongsi info positif - Sherry Alhadad
Mempunyai pengikut yang ramai di media sosial bukan tiket untuk bermegah-megah, sebaliknya perlu menjadi medium ke arah positif.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

Sherry Alhadad gandingan terbaharu segmen pagi ERA
Segmen baharu itu dikenali sebagai 'JoHaRaRy Pagi ERA bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Big Stage 2020: 'Sayang Kak Sherry' - Usop minta maaf tak sengaja 'body shame' pengacara
Usop dikecam hebat netizen kerana mempermainkan bentuk tubuh badan pengacara Sherry Alhadad.

Program bual bicara Mingguan Wanita serba baharu, tampilkan lima pengacara
Program bual bicara Mingguan Wanita tampil serba baharu musim kedua di Astro Prima dan Prima HD, bermula Julai ini.

"Pramugari penerbangan ke hati ke ni?" usikan Sherry Alhadad tarik perhatian netizen
Sherry turut berkongsi gambar di dalam kokpit kapal terbang bersama juruterbang.

Rindu! - Ini ucapan hari lahir Sherry Alhadad buat David Beckham
Bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 semalam.