KUALA LUMPUR: GRAB Malaysia hari ini mengumumkan usahanya untuk membantu warga emas pergi dan balik dari Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara. Warganegara yang berusia 60 tahun ke atas yang juga pengguna Grab boleh menikmati promosi untuk semua perkhidmatan kenderaan Grab yang menawarkan potongan sehingga RM8 untuk 4 perjalanan ke mana-mana pusat vaksinasi dengan mudah apabila menggunakan aplikasi Grab mulai 12 Jun.
Program ini diperkenalkan susulan laporan yang menyatakan bahawa masalah pengangkutan menjadi punca utama warga emas tidak menghadiri janji temu vaksinasi mereka dan merupakan inisiatif yang terkini di antara beberapa siri inisiatif Grab bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan. Promosi tersebut akan merangkumi perjalanan untuk janji temu pengambilan kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.
"Di Grab, kami sentiasa percaya dalam usaha menangani keperluan paling kritikal rakyat Malaysia menerusi perkhidmatan kami, terutama sekali dalam tempoh sukar ini. Dengan lebih rakyat Malaysia divaksinasi dengan segera, kita dapat mencapai matlamat imuniti kelompok, serta lebih cepat masyarakat kita boleh menjalani proses pemulihan dan pada masa sama membantu membina semula ekonomi kita. Oleh itu, kami berharap menerusi perkongsian teknologi, rangkaian dan capaian kami ini, kami dapat menyumbang kepada usaha vaksinasi kebangsaan oleh kerajaan," kata Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.
Grab akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan semua lokasi di pusat-pusat vaksinasi berkenaan ada di dalam aplikasi Grab.
Tambah Goh lagi, "Untuk warga emas yang tidak mempunyai kenderaan atau pengangkutan sendiri, Grab telah menyediakan lokasi drop-off yang jelas di semua pusat-pusat vaksinasi di seluruh negara. Promosi ini akan dihantar terus ke dalam peti mel pengguna yang layak dan berdaftar, di mana selepas itu para pengguna boleh menempah perjalanan dengan mudah melalui aplikasi Grab. Apabila mereka mencari pusat yang ditetapkan, lokasi pusat-pusat vaksinasi berkenaan akan dipaparkan."
Akses mudah untuk warga emas
Program vaksinasi untuk warga emas oleh Grab ini dibangunkan bagi memudahkan akses perjalanan menerusi aplikasi Grab. Bagi mereka yang telah menerima janji temu vaksinasi COVID-19, mereka boleh menempah perkhidmatan Grab dengan hanya beberapa langkah mudah:
1. Daftar untuk akaun Grab dan mengesahkan umur anda di GrabPay yang disahkan by 7 Jun 2021 (pengguna perlu melengkapkan pendaftaran KYC mereka);
2. Pada hari janji temu berkenaan, tempah perkhidmatan kenderaan Grab (terbuka untuk semua jenis perkhidmatan kenderaan Grab) dengan memasukkan lokasi pusat vaksinasi;
3. Salin dan tampal kod promosi dari peti emel anda ke dalam tab "tawaran";
4. Promosi ini boleh digunakan untuk semua kaedah pembayaran di Grab;
5. Selepas selesai vaksinasi mereka, para pengguna kemudiannya boleh menempah perkhidmatan kenderaan Grab dari pusat vaksinasi berkenaan ke rumah masing-masing.
Sila ambil perhatian bahawa warga emas perlu mendaftar akaun Grab dan mengesahkan umur mereka di GrabPay sebelum 7 Jun 2021 untuk menerima kod promosi tersebut (yang akan dihantar di peti emel Grab mereka pada 12 Jun). Kami menggalakkan anda untuk membantu menguar-uarkan perkara ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda bagi memastikan warga emas telah melengkapkan pendaftaran KYC mereka untuk menerima promosi yang ditawarkan hanya sekali sahaja ini.
Kenyataan Media
Wed Jun 02 2021
Warga emas perlu mendaftar akaun Grab dan mengesahkan umur mereka di GrabPay sebelum 7 Jun 2021 untuk menerima kod promosi yang ditawarkan. - Foto Grab Malaysia
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.
Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.
Kawalan, peraturan ketat pastikan perjalanan tahanan rakyat Malaysia selamat
Tahanan akan dipindahkan ke dalam trak dalam blok bangunan dan dibawa terus ke mahkamah tanpa pengetahuan sesiapa baik keluarga atau kenalan.
Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.
Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass
Sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR dilancarkan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 untuk mengurangkan kesesakan.
Sambutan Ambang Tahun Baharu di seluruh negara meriah dengan aktiviti riadah, kerohanian
Bangunan ikonik Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Tun Razak Exchange (TRX) menjadi tumpuan orang ramai bagi meraikan kemunculan tahun baharu.
Nahas Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra
Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul.