KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.
"82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.
"Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.
"Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian melalui ciapan di laman media sosial Twitter, pada Khamis.
Khairy bagaimanapun belum memperincikan bilakah pemberian vaksin COVID-19 akan mula diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun itu.
Pada Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.
BACA: Vaksin COVID-19: Panel FDA sokong Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun
Malaysia telah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pada 20 September lalu.
Setakat Khamis, remaja yang telah melengkapkan vaksin mencecah 62 peratus atau 1,951,450 daripada populasi tersebut.
Manakala seramai 82.4 peratus atau 2,592,048 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Afiezy Azaman
Thu Oct 28 2021
![Vaksin COVID-19: Kanak-kanak 5-12 tahun akan diberi suntikan Pfizer - KJ Vaksin COVID-19: Kanak-kanak 5-12 tahun akan diberi suntikan Pfizer - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635458707_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy bagaimanapun belum memperincikan bilakah pemberian vaksin COVID-19 akan mula diberikan. - Foto KKM
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659462679_vaksinasisarawak.jpg)
Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.
![Vaksin COVID-19: FDA lulus penuh Pfizer untuk usia 12-15 tahun Vaksin COVID-19: FDA lulus penuh Pfizer untuk usia 12-15 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654223659_TBVACCINE.jpg)
Vaksin COVID-19: FDA lulus penuh Pfizer untuk usia 12-15 tahun
Vaksin itu sebelum ini mendapat kelulusan kecemasan bagi kumpulan umur berkenaan sejak Mei 2021.
![Vaksin COVID-19: Kanak-kanak bawah lima tahun terima suntikan Vaksin COVID-19: Kanak-kanak bawah lima tahun terima suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655771240_VialswithPfizerBi.jpg)
Vaksin COVID-19: Kanak-kanak bawah lima tahun terima suntikan
Rata-rata menyambut baik keputusan tersebut dengan ibu-bapa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi.
![Vaksin COVID-19: AS mula suntik kanak-kanak bawah 5 tahun 21 Jun ini Vaksin COVID-19: AS mula suntik kanak-kanak bawah 5 tahun 21 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654223659_TBVACCINE.jpg)
Vaksin COVID-19: AS mula suntik kanak-kanak bawah 5 tahun 21 Jun ini
Kerajaan persekutuan akan menyediakan 10 juta vaksin kepada pihak berkuasa negeri dan tempatan untuk memulakan vaksinasi meluas.
![Vaksin COVID-19: Pfizer didapati selamat untuk kanak-kanak bawah 5 tahun Vaksin COVID-19: Pfizer didapati selamat untuk kanak-kanak bawah 5 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649990609_pfizer.jpg)
Vaksin COVID-19: Pfizer didapati selamat untuk kanak-kanak bawah 5 tahun
Berdasarkan ujian klinikal terbaharu, keberkesanan vaksin bagi tiga dos adalah pada kadar 80.3 peratus.
![COVID-19 : Vaksin mRNA China sasar Omicron jalani ujian di UAE COVID-19 : Vaksin mRNA China sasar Omicron jalani ujian di UAE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644549072_OMICRON.jpg)
COVID-19 : Vaksin mRNA China sasar Omicron jalani ujian di UAE
Syarikat Suzhou Abogen Biosciences Co Ltd menyertai Pfizer-BioNTech dan Moderna dalam menguji calon vaksin yang diubah suai secara khusus menentang Omicron.
![Vaksin COVID-19: Dos penggalak tingkat perlindungan terhadap Omicron - Pfizer Vaksin COVID-19: Dos penggalak tingkat perlindungan terhadap Omicron - Pfizer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642464886_Indigenouschild.jpg)
Vaksin COVID-19: Dos penggalak tingkat perlindungan terhadap Omicron - Pfizer
Analisis serum darah 30 kanak-kanak yang menerima dos penggalak menunjukkan peningkatan 36 kali ganda dalam antibodi peneutral Omicron.
![Pfizer, BioNTech mohon kebenaran FDA untuk dos penggalak kedua Pfizer, BioNTech mohon kebenaran FDA untuk dos penggalak kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616716267_vaccine.jpg)
Pfizer, BioNTech mohon kebenaran FDA untuk dos penggalak kedua
FDA berkata ia akan menyemak permintaan Pfizer dan BioNTech "secepat mungkin menggunakan pendekatan menyeluruh dan berasaskan sains."
![Ibu bapa perlu sasarkan kerisauan kepada jangkitan COVID-19, bukan vaksin Ibu bapa perlu sasarkan kerisauan kepada jangkitan COVID-19, bukan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644382172_PICKids.jpg)
Ibu bapa perlu sasarkan kerisauan kepada jangkitan COVID-19, bukan vaksin
Rata-rata ibu bapa memberi alasan tidak mahu anak mereka diperlakukan seperti "tikus makmal".
![PICKids Pahang bermula Isnin PICKids Pahang bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643903009_TBUGGAHPICKIDS.jpg)
PICKids Pahang bermula Isnin
Buat permulaan hanya satu jenis vaksin sahaja yang ditawarkan iaitu Corminaty (Pfizer-BioNTech) dos kanak-kanak.