PUTRAJAYA: Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga 11 Mei 2024, terdapat 351 kes pertussis di mana 204 kes berlaku dalam kalangan bayi berumur 5 bulan.
Data turut menunjukkan peningkatan berbanding 147 kes pertussis dalam tempoh yang sama tahun 2024 di mana 71 kes direkodkan berlaku dalam kalangan bayi berumur 5 bulan.
Oleh itu, beliau berkata untuk mengelakkan keadaan itu berterusan, ibu mengandung digalakkan mengambil vaksin tetanus-difteria-pertussis (D-TAP).
“Memang ada masalah dengan kes itu (jangkitan batuk kokol dalam kalangan bayi)... memang ada kes yang meningkat sekejap, lepas itu tak ada (peningkatan) dan lepas itu ada semula.
"Jadi untuk mencegah (peningkatan) itu, kita ada berikan kepada ibu supaya anak itu dapat perlindungan daripada awal lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan dan Persidangan Imunisasi Kebangsaan 2024 di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, ibu yang mengandung digalakkan mengambil vaksin ini ketika kandungan berada dalam trimester ketiga iaitu 27 hingga 32 minggu.
"... (setiap ibu akan menerima) satu dos... tetapi tiap-tiap pregnancy (kehamilan)... jadi kalau (wanita itu) mengandung tiap-tiap tahun... jadi setiap tahunlah dia akan dapat," jelasnya lagi.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam ucapan perasmian acara itu memaklumkan bahawa kerajaan akan meluluskan pelaksanaan kombinasi vaksin D-TAP kepada ibu mengandung yang diberi secara percuma hujung tahun ini.
“Vaksin ini bertujuan untuk melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan penyakit pertussis ataupun batuk kokol,” katanya.
Bayi berumur bawah 5 bulan merupakan kumpulan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis dan mengalami komplikasi penyakit tersebut, seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian.
Pemberian vaksin kombinasi ini kepada ibu hamil akan memberi perlindungan kepada bayi bermula dari dalam kandungan sehingga bayi tersebut lahir dan dapat melengkapkan 3 dos primer vaksin pertussis pada umur 5 bulan.
Pia Ernadya
Mon May 13 2024

Untuk mengelakkan peningkatan kes batuk kokol dalam kalangan bayi, ibu mengandung digalakkan mengambil vaksin tetanus-difteria-pertussis (D-TAP). - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.

Korea Selatan catat kes pertama kematian akibat batuk kokol
Ini merupakan kematian pertama dilaporkan akibat penyakit ini sejak KDCA mula mengumpul data berkaitan pada 2011.

Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.

Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.

Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.

Batuk Kokol: "Jangan cium bayi, elakkan jangkitan kepada si kecil" - Pakar Kesihatan Awam
Orang ramai tidak boleh mencium bayi bagi mengelakkan wabak batuk kokol menjangkiti si kecil.

Tanya AI: Memahami penyakit batuk kokol, acaman dan langkah penjagaan
Batuk kokol, yang dikenali juga sebagai Pertussis menyebabkan batuk yang teruk di mana biasanya pesakit dikenali menerusi kerana corak batuknya.

Batuk kokol: Bayi kurang enam bulan berisiko tinggi dijangkiti - Pakar
Pakar kesihatan awam KKM berkata, jangkitan terhadap bayi boleh menyebabkan komplikasi buruk, termasuk sawan dan kematian.

Pesakit batuk kokol dinasihat jalani kuarantin - Pakar
Individu yang didiagnosis jangkitan pertussis atau batuk kokol perlu dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan merebak dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak.