KUALA LUMPUR: Setelah banyak kali permintaan dan desakan dibuat, penantian lebih kurang 6,000 pengamal media yang berharap mendapat suntikan vaksin COVID-19 bersama kumpulan penerima awal, semakin menjadi kenyataan.
Pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semalam merupakan khabar gembira yang secara tidak langsung mengiktiraf peranan media yang juga petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak ini.
Tokoh Wartawan Negara 2019 Tan Sri Johan Jaaffar antara yang lantang memperjuangkan usaha tersebut termasuk usaha terbaharunya dengan menulis surat terbuka kepada Khairy yang diterbitkan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk 'An Open Letter to YB Khairy Jamaluddin, "Reporters Are (Still) Not Frontliners?"'.
Ini kerana, sepertimana peranan petugas barisan hadapan lain yang sehingga kini masih bersama berjuang mengekang penularan COVID-19, begitu jugalah peranan penting yang dimainkan media terutamanya sejak lebih setahun wabak ini bertapak di negara ini.
Mungkin sudah 'terbuka hati', akhirnya surat yang diutuskan oleh Johan selain desakan demi desakan pengamal media lain, menjurus kerajaan untuk membuat keputusan gembira itu pada hari sama surat tersebut diterbitkan.
Bagi Johan, pastinya ini bukan usaha beliau seorang tetapi keseluruhan warga media yang berharap kerajaan 'sedar' akan kepentingan mereka yang tidak jemu 'berkempen' mengenai COVID bagi menyuntik kesedaran masyarakat untuk bersama-sama menentang virus ini.
"Alhamdulillah. Ini yang kita mahukan, wartawan dianggap sebagai 'frontliners' (barisan hadapan). Kegembiraan ini bukan sahaja buat saya tetapi juga kepada semua teman pengamal media lain.
"Saya mengalu-alukan tindakan segera daripada Yang Berhormat Khairy untuk berikan lebih 5,000 dos vaksin kepada petugas media.
"Ini sekali gus, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan petugas media mendapat perlindungan memandangkan mereka terdedah kepada ancaman COVID-19 sepertimana petugas barisan hadapan lain," katanya kepada Bernama.
Khairy pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan seramai 5,867 petugas media daripada 114 agensi media berdaftar akan menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.
Keputusan itu menurut Khairy, selaras dengan usaha kerajaan untuk mengutamakan petugas barisan hadapan termasuk guru serta pengamal media.
Hakikatnya, setiap hari kumpulan ini merisikokan diri dengan turun ke lapangan untuk membuat liputan termasuklah ke kawasan yang berisiko tinggi berlakunya penularan wabak seperti hospital, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pusat kuarantin dan sebagainya untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat yang sahih dan jelas kepada masyarakat.
Malah, sebelum ini juga sudah dilaporkan beberapa petugas media dikesan positif COVID-19 selepas membuat liputan berita, termasuk seorang petugas media yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas.
Kerana itulah, amat penting kumpulan ini diberikan vaksin segera sepertimana yang dilakukan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang telah mengiktiraf petugas media di sana sebagai 'frontliners' dan telah memperuntukkan sebanyak 5,000 dos suntikan buat kumpulan tersebut yang diumumkan semasa Puncak Peringatan Hari Pers Nasional 2021, Februari lepas.
"Walaupun vaksin tidak akan melindungi seseorang itu 100 peratus kerana masih boleh dijangkiti wabak tersebut tetapi tahap keterukan penyakit dapat dikurangkan.
"Ini (suntikan vaksin) juga akan memberi keyakinan kepada petugas media untuk membuat liputan tanpa rasa takut dan was-was apabila perlu membuat liputan di tempat yang berisiko tinggi jangkitan wabak," kata Johan.
Pastinya apa yang diharapkan media, pengumuman itu tidak hanya omongan kosong tetapi dilaksanakan segera terutama dalam situasi semasa kes COVID yang terus meningkat dan kadar kematian tinggi khususnya dengan kewujudan varian baharu yang menjadikan virus ini lebih ganas menyerang tubuh manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
Johan (gambar) antara yang lantang memperjuangkan usaha memberi vaksin kepada petugas media, termasuk terbaharu dengan menulis surat terbuka kepada Khairy. - Gambar fail
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.
Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.
Arahan tambahan SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.
COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)
"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.
Kes Shafee Abdullah: Pendakwa raya mahu buktikan tertuduh terima RM9.5 juta sebagai yuran guaman
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Media perlu terus ketengahkan kekejaman Israel kepada dunia
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.
Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19, ujar Dr Siti Mariah Mahmud.
Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Kerajaan perlu beri lebih ruang buat pendidik tingkatkan kreativiti - Aktivis pendidikan
Kerajaan perlu memberi lebih ruang kepada pendidik untuk muncul lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam talian.