KUALA LUMPUR: Inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma kepada ibu hamil bermula tahun depan, dilihat sebagai langkah kesiapsiagaan negara untuk melindungi golongan rentan termasuk bayi, daripada dijangkiti pertussis (batuk kokol).
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata bayi yang baru lahir, tidak dapat menerima vaksin secara langsung memandangkan usianya yang terlalu muda, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pertussis dan komplikasi penyakit berikutan imuniti rendah.
"Justeru, apabila ibu hamil diberikan vaksin berkenaan, mereka bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri malah menyumbang antibodi kepada bayi mereka melalui plasenta dan ini memberikan perlindungan pasif kepada bayi baru lahir pada minggu terawal, selepas dilahirkan.
"Jadi vaksin daripada ibu ini akan membantu bayi dari dalam kandungan, sehingga berupaya menerima vaksin secara langsung pada usia dua bulan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan dan melengkapkan tiga dos apabila mencapai usia lima bulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Antibodi dalam badan bayi hanya akan mencapai tahap perlindungan yang optimum, apabila bayi lengkap menerima tiga dos vaksin pertussis yang diberikan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan apabila berumur lima bulan.
Semalam, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara, akan diberikan vaksin Tdap secara percuma bermula tahun depan, melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM25 juta.
Ia bagi meliputi anggaran 500,000 ibu hamil setiap tahun dan bertujuan mengurangkan risiko jangkitan pertussis, terutamanya dalam kalangan bayi berumur bawah lima bulan.
Dr Zainal Ariffin yang juga Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia (PKAM) berkata ibu hamil juga tidak perlu bimbang untuk mendapat vaksin berkenaan, kerana sebarang vaksin yang diluluskan kegunaannya sudah melepasi kajian dan mempunyai peratus keberkesanan yang tinggi.
Malah Beliau berkata pemberian vaksin ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan (antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu) itu, tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kandungan selain kesan sampingan ringan yang biasa dialami selepas vaksin seperti demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.
"Ibu hamil harus faham bahawa vaksin ini sebagai perlindungan kepada anak yang dianggap lebih baik dan kosnya lebih rendah, berbanding rawatan sekiranya anak mereka dijangkiti penyakit pertussis," katanya.
Sementara itu, jurutera komunikasi Alia Syabella Arashad, 31, yang kini hamil 14 minggu menyifatkan inisiatif itu sebagai khabar gembira kepada bakal ibu dan sebagai ikhtiar untuk memastikan kesihatan anak terjamin.
Beliau yang hamil anak kedua juga tidak bimbang untuk mendapatkan vaksin tersebut, kerana percaya vaksin yang disediakan kerajaan selamat untuk ibu hamil dan kandungannya.
Pegawai bank Nor Amiza Hamir Hamzah, 33, pula bersyukur dengan inisiatif itu, kerana bakal memberi perlindungan kepada anak dan mengurangkan kebimbangan ibu bapa tentang risiko jangkitan penyakit terhadap anak.
Beliau yang merancang untuk hamil anak ketiga tahun depan juga berharap, semua wanita hamil tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan vaksin berkenaan, sebagai usaha membendung penyakit yang boleh membawa maut itu.
Bagi tahun ini sehingga 23 Ogos, sebanyak 343 kes Pertussis dengan 24 kematian dilaporkan di Malaysia.
Daripada 343 kes pertussis yang dilaporkan itu, 173 kes atau 50.4 peratus merupakan bayi berumur bawah lima bulan, manakala daripada 24 kematian yang dicatatkan pula, 19 kematian dalam kalangan bayi berumur bawah lima bulan.
Pertussis merupakan penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis, dengan kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.
Gejala lazim pertussis ialah batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan sehingga dua bulan.
Komplikasi teruk seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian juga boleh berlaku jika tidak mendapat rawatan awal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Bayi yang baru lahir, tidak dapat menerima vaksin secara langsung memandangkan usianya yang terlalu muda, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pertussis dan komplikasi penyakit berikutan imuniti rendah. - Gambar hiasan/AP

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

KKM rancang beri vaksin TDAP kepada ibu hamil - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) kini merancang memperkenal vaksin tetanus-difteria-pertusis (TDAP) kepada golongan ibu hamil bagi mengurangkan beban penyakit dalam kalangan bayi baharu lahir.