PENGALAMAN pernah dijangkiti COVID-19 dan tidak mahu trauma berulang, selebriti tempatan, Tiq Zaqyah nekad memastikan keluarganya mendaftar untuk divaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.
Pelakon “Covid Oh Covid” yang dijangkiti virus pada bulan Mei baru-baru ini berkongsi kegusaran yang dialaminya ketika mengharungi detik cemas itu: “Saya berasa sangat tertekan kerana kedua ibu bapa saya adalah kontak rapat dan ada kemungkinan besar mereka turut dijangkiti. Walaupun saya tidak mempunyai simptom tetapi saya bimbang akan risiko jangkitan kerana saya tinggal bersama kedua ibu bapa saya.”
“Bayangan bahawa kedua-dua mereka mungkin dijangkiti COVID-19 menghantui saya setiap hari. Sebab itu, saya pastikan saya mendaftarkan ibu bapa saya dan membawa mereka untuk divaksinasi selepas saya pulih. Kini mereka sudah selesai dos pertama,” kata Tiz dalam sesi webinar bertajuk Derita Akibat COVID-19 anjuran Science Media Centre (SMC) Malaysia dan The Petri Dish baru-baru ini.
Sebagai seorang bekas pesakit COVID-19, Tiz kini perlu menunggu 3 bulan lagi sebelum boleh divaksinasi kerana masih mempunyai antibodi mencukupi di dalam badannya bagi melawan virus COVID-19.
“Saya tidak sabar menunggu giliran saya mengambil vaksin. Pengalaman menghidap COVID-19 menyebabkan saya sedikit trauma dan ingin mendapatkan perlindungan daripada jangkitan berulang, dan juga untuk melindungi keluarga saya serta komuniti setempat.
"Vaksin itu bukan lagi pilihan sendiri; ia adalah tanggungjawab sosial,” kata artis itu yang kini juga menggunakan platform media sosialnya untuk menyeru peminat dan rakan-rakannya untuk segera divaksinasi," ujarnya.
Pakar perubatan keluarga, Dr Sakinah Sulong yang turut serta dalam sesi webinar itu juga berkongsi emosi yang sama apabila kehilangan bapa mertuanya akibat COVID-19 baru-baru ini: “Saya telah kehilangan bapa mertua saya pada bulan Mei lalu akibat daripada kluster masjid COVID-19. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat perit kerana kita tidak mahu perkara ini berlaku kepada keluarga kita dan orang yang tersayang.”
“Arwah bapa mentua saya meninggal dunia pada hari di mana beliau dijadualkan untuk mengambil vaksin. Jadi sesiapa yang ada peluang untuk membawa keluarga anda untuk divaksinasi, tolonglah berbuat demikian; anda tidak mahu hidup dengan perasaan bersalah,” kongsi Dr. Sakinah pada sesi webinar tersebut.
Lebih penting, ujar Dr Sakinah, pengambilan vaksin boleh mengelakkan kesan lebih buruk yang didatangi varian membimbangkan (VOC) yang kini sedang menular di negara kita.
“VOC ialah virus yang bermutasi yang dikenalpasti mampu menyebabkan lebih banyak kes, lebih mudah dijangkiti dan sekiranya dijangkiti boleh menyebabkan keadaan lebih teruk dan seterusnya kadar kematian yang lebih tinggi..
“COVID-19 yang kita ada pada hari ini adalah tidak sama dengan COVID-19 yang kita alami semasa mula-mula pandemik berlaku pada tahun lepas. Ia semakin mengganas dan kita risau tentang VOC seperti varian dari United Kingdom (Alpha) dan India (Delta).
"Sebab itu kita melihat walaupun kes seakan-akan menurun tetapi bilangan pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital masih lagi tinggi disebabkan varian baharu ini,” ujarnya sambil menekankan bahawa vaksinasi masih boleh melindungi orang ramai daripada VOC atau jangkitan yang lebih teruk atau kematian.
Dr Sakinah turut menyeru orang ramai agar tidak mengambil mudah ekoran kesan daripada jangkitan COVID-19 juga boleh menyebabkan simptom susulan bagi pesakit yang sudah sembuh atau lebih dikenali sebagai ‘long COVID’.
“Walaupun seseorang itu telah selamat daripada COVID-19, dia mungkin masih tidak dapat meneruskan kehidupan secara optimum kerana wujudnya simptom-simptom lain yang berterusan.”
“Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas 1,000 pesakit COVID-19 (tahap 4 & 5) mendapati kira-kira 20 peratus pesakit mengalami ‘long COVID’ dan 5 simptom utama adalah seperti batuk, lemah, rasa sesak nafas, keresahan, otak bercelaru dan sukar untuk tidur.
"Kita berharap pesakit-pesakit yang ada ‘long COVID’ ini, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan juga bantuan. Kita tidak tahu siapa yang akan dapat ‘long COVID’ jadi cara terbaik adalah jangan terdedah kepada jangkitan COVID-19," ujarnya lagi.
Sesi webinar yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang The Petri Dish, Dr Mahaletchumy Arujanan itu adalah sebahagian daripada kempen kesedaran #YakiniVaksin yang bertujuan untuk melawan mitos dan salah faham tentang vaksin COVID-19. Kempen ini turut disokong oleh syarikat farmaseutikal Malaysia, Duopharma Biotech Berhad sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.
Tonton webinar penuh DI SINI.
Astro Awani
Sun Jul 04 2021

Vaksin itu bukan lagi pilihan sendiri; ia adalah tanggungjawab sosial. - Gambar hiasan

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030
Perbelanjaan sebanyak AS$33 bilion setahun itu akan mampu mengeluarkan 500 juta orang di seluruh dunia daripada masalah kelaparan.

Vaksinasi elak derita akibat COVID-19
Vaksin itu bukan lagi pilihan sendiri; ia adalah tanggungjawab sosial.

Educity Iskandar, Maybank bekerjasama lancar Maybank@EduCity
Maybank@EduCity adalah kemudahan kesembilan seumpamanya diwujudkan Maybank di Malaysia.

Mufti Wilayah akui tekanan punca pihak tidak setuju kenyataan haram rentas negeri
Beliau memahami keadaan sesetengah pihak ketika itu yang tertekan akibat tidak dapat berjumpa ibu bapa setelah sekian lama, termasuk bagi menyambut Aidilfitri.

Tanggapan vaksin untuk kanak-kanak jadikan orang ramai sangsi - Pakar
Apabila negara berhasrat memberikan vaksin kepada hampir seluruh populasi atau 80 peratus penduduk negara, ia mengejutkan ramai.

Top Glove harap permohonan CFA segera diluluskan
Top Glove Corporation Bhd berharap pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan permohonan Sijil Untuk Penginapan (CFA) selepas spesifikasi dihantar kepada pihak berkenaan untuk kelulusan.

COVID-19: FAM bincang hala tuju bola sepak belia melalui tiga siri webinar
Webinar turut membincangkan tentang perancangan serta persiapan FAM bagi menyertai kejohanan besar.

Tingkat keuntungan perniagaan melalui pemasaran bernas
Usahawan atau peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang ingin mempelajari ilmu pemasaran, ini peluang untuk anda.

Shalin, Nicol, Pandelela kongsi kejayaan dan kegagalan dalam karier
Tiga atlet wanita berkongsi kisah kejayaan dan bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan untuk muncul antara bintang sukan terbaik negara.

Perkongsian konflik, krisis manusia di AWANI LINC
Tahun 2020 menjadi sejarah apabila pandemik COVID-19 yang melanda telah mengakibatkan kematian, kemerosotan ekonomi dan perubahan ketara dalam kehidupan sosial.