IPOH: Perancangan penggunaan van berkuasa elektrik yang dirancang sebelum ini bagi menggantikan van merah jambu di Pulau Pangkor ditukar kepada van rendah karbon dan ia masih lagi dalam proses pelaksanaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu pada Khamis.
Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) melalui anak syarikatnya Majuperak Holdings Berhad (Majuperak) telah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan mendapati sokongan terhadap van rendah karbon adalah jauh lebih tinggi berbanding van elektrik.
"Projek ini dalam peringkat akhir untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) untuk mendapatkan keputusan dan kelulusan dasar bagi perubahan dan pelaksanaan projek," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.
Mohammad Nizar menjawab soalan Norhaslinda Zakaria (PN-Pangkor) tentang status inisiatif menggantikan teksi di Pulau Pangkor kepada kenderaan elektrik yang telah diumumkan pada Jun 2020 dengan peruntukan RM10 juta.
Mohammad Nizar berkata pada Julai 2020, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM12 juta bagi projek Membekalkan Skuter dan Van Elektrik bagi Tujuan Mempromosikan Pulau Pangkor sebagai "Pulau Pelancongan Hijau dan Lestari".
Daripada peruntukan itu katanya, RM2 juta untuk pembekalan skuter elektrik dan RM10 juta untuk van elektrik, namun pengubahsuaian telah dibuat oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk menggunakan keseluruhan dana bagi pembekalan van elektrik.
"Justeru, YB Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir selaku ADUN Pangkor pada masa itu telah mencadangkan penukaran van elektrik kepada van rendah karbon semasa berlangsungnya sidang Dewan pada Mesyuarat Pertama, Tahun Kelima Dewan Negeri ke-14 Perak Darul Ridzuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Mohammad Nizar berkata PKNPk melalui anak syarikatnya Majuperak Majuperak telah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan mendapati sokongan terhadap van rendah karbon adalah jauh lebih tinggi berbanding van elektrik. - Gambar fail/Bernama
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB
Lembaga Air Perak (LAP) telah mengatasi masalah kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut yang disyaki antara punca gangguan bekalan air itu.
Masalah bekalan air di Pulau Pangkor didakwa jejas pengusaha hotel
Menurut Presiden MyBHA, Sri Ganesh Michiel, beliau telah mendapat maklum balas daripada pengusaha hotel.
Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.
Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut
Mayat ditemui dalam keadaan reput dengan memakai seluar jeans berwarna biru dan baju berwarna merah.
Op Tiris: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bot nelayan tumpas
Kejayaan itu hasil operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas risikan selama dua minggu.
Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan
Polis menahan 96 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi pelaburan tidak wujud dalam talian.
Pemuda lemas ketika selamatkan rakan
Mangsa berusia 20 tahun berkunjung ke pantai bersama rakan untuk aktiviti riadah sebelum menyedari seorang rakannya lemas.
Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor hari ini.
Van rendah karbon ganti van merah jambu di Pulau Pangkor - Exco
Kajian kebolehlaksanaan mendapati sokongan terhadap van rendah karbon adalah jauh lebih tinggi berbanding van elektrik.