SEPANG: Pergerakan penumpang antarabangsa di Malaysia merekodkan kira-kira 107,000 untuk ketibaan dan pelepasan pada April, dan kesemua mereka melalui langkah-langkah pemeriksaan kesihatan dan keselamatan yang ketat seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan hari ini memberitahu sebanyak 102,000 trafik penumpang antarabangsa dicatatkan pada Mac manakala Februari (73,000) dan Januari (96,000).
Pergerakan penumpang antarabangsa termasuk warga asing yang kembali ke negara asal mereka, pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara, pemastautin tetap yang pasangan atau ahli keluarga mereka warganegara Malaysia, diplomat dan mereka yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjalankan tugas rasmi atau perniagaan.
"Tambahan pula, semua lapangan terbang di Malaysia kekal beroperasi sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan untuk memudahkan urusan menyelamat dan penghantaran pulang, serta penerbangan kargo ke dalam dan luar negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan dakwaan yang tersebar dalam pelbagai platform sembang dan laporan media yang mengaitkan kewujudan pelbagai varian COVID-19 di negara ini dengan trafik penumpang yang tinggi pada April lepas.
MAHB menjelaskan jumlah 1.96 juta pergerakan penumpang yang direkodkan bulan lepas meliputi kesemua rangkaian lapangan terbang kendalian kumpulan itu di Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki, milik penuh MAHB.
Berdasarkan perinciannya, pergerakan penumpang domestik di lapangan terbang Malaysia ialah 523,000 manakala 107,000 trafik penumpang antarabangsa direkodkan sementara di ISG, Turki mencatatkan 913,000 untuk penumpang domestik dan 441,000 penumpang antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021

MAHB memberitahu sebanyak 102,000 trafik penumpang antarabangsa dicatatkan pada Mac manakala Februari (73,000) dan Januari (96,000). - Gambar fail/ Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.