Kira-kira 200 anggota veteran Skuad VAT-69 hari ini berhimpun secara aman di Tugu Negara bagi membantah kenyataan pemimpin politik yang disifatkan menghina warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bekas Ketua polis negara, Tan Sri Samshuri Arshad berkata, isu keselamatan Negara perlu ditangani bersama dan tidak seharusnya dipolitikkan.
"Suara orang yang mahu jadi pemimpin, yang kata bahaya ini adalah sandiwara, kita jangan mempermainkan soal kematian dan hanya Allah yang menentukan kematian.
"Tiada siapa menjadi dalang disebalik kematian serta menjadikan ia sebagai sandiwara," katanya Samsuri yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia pada sidang media selepas himpunan tersebut.
Pihaknya juga berharap tindakan dan siasatan dibuat terhadap mereka yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan berbaur hasutan.
Sementara itu, mantan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan berkata semua rakyat perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik.
Ini kerana katanya, apa yang lebih penting adalah menyelesaikan kemelut di Sabah dengan kadar segera.
"Marilah kita bersama berdiri teguh dibelakang kerajaan, dan ingin saya katakan bahawa politik ada hadnya maka jangan gadaikan negara kita kerana politik."
Peserta perhimpunan turut mempamerkan kain rentang yang menuntut Naib Presiden PKR, Tian Chua membuat kenyataan maaf kerana mendakwa kenyataannya telah mengguris hati warga PDRM.
Dengan melaungkan takbir dan nyanyian lagu negaraku, himpunan aman anjuran Yayasan Pengaman Malaysia YPM dan diketuai pengerusinya, Samsuri Arshad.
Tian Chua sebelum ini mendapat kecaman hebat dimedia dan laman sosial ekoran kenyataannya yang didakwa menuduh kerajaan terlibat dalam konspirasi di Lahad datu, Sabah sehingga melibatkan kematian pejuang negara.
Meskipun Tian Chua di laman 'twitternya' kenyataannya dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pada 9 Feb lalu kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pertempuran tercetus pada 1 Mac antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis dan telah menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.
Nabihah Hamid
Mon Mar 04 2013
![Veteran VAT-69 kecam kenyataan Tian Chua Veteran VAT-69 kecam kenyataan Tian Chua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51362380052_295x200.jpg)
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664344742_HamidBador.jpg)
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
![Segelintir ahli politik sengaja cetus isu perkauman Segelintir ahli politik sengaja cetus isu perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522714601_MusaHassan.jpg)
Segelintir ahli politik sengaja cetus isu perkauman
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan menyifatkan tindakan itu sesuatu yang sengaja dilakukan demi kepentingan politk dan peribadi.
![Tiada bukti Zakir Naik pengganas - Musa Hassan Tiada bukti Zakir Naik pengganas - Musa Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51565668980_TBZAKIRNAIKjpg.jpg)
Tiada bukti Zakir Naik pengganas - Musa Hassan
Di bawah undang-undang ekstradisi suatu permohonan boleh ditolak jika wujud keadaan seperti pendakwaan bersifat politik disebabkan ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik.
![Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/41415591592_295x200.jpg)
Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar, 66, meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.