Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail meminta individu dalam video menunjukkan seorang wanita dipukul dalam keadaan bogel oleh seorang wanita di sebuah bilik hotel di Pekan Sungai Golok, Thailand, tampil bagi membantu siasatan.
Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan polis telah menerima dua laporan polis yang dibuat keluarga mangsa.
Dalam pada itu, Astro AWANI menghubungi keluarga mangsa bagi mengesahkan dakwaaa wanita yang dipukul itu merupakan isteri kedua lelaki berkenaan.
Menurut kakak mangsa, adiknya belum mendirikan rumah tangga dan surat nikah yang viral di media sosial adalah palsu.
Wanita yang dipukul dan yang memukul itu juga saling mengenali.
Dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lepas di Sungai Golok.
Sementara itu, keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul merayu orang ramai yang memiliki video yang dirakam ketika kejadian tersebut supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu.
Ibu wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Ni, 49, berkata akibat penyebaran video itu keluarganya kini menanggung aib manakala anaknya pula trauma dan terpaksa berkurung di rumah.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya berikutan ugutan yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.
Muhafandi Muhamad
Wed Sep 28 2016
Dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lepas di Sungai Golok. - Gambar fail
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Video bogel viral: Ketua Polis Kelantan minta individu terbabit tampil
Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail meminta individu dalam video yang menunjukkan seorang wanita yang didakwa memukul seorang wanita lain di sebuah bilik hotel tampil bagi membantu siasatan.