Hanya Peguam Negara yang akan menentukan tindakan berhubung siasatan video intim membabitkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu didakwa mirip seorang menteri kanan.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu termasuk mendakwa pihak terbabit di mahkamah atau menggugurkan kes berdasarkan siasatan polis.
“Peguam Negara akan menilai apakah yang dibuat oleh polis itu memberikan suatu isyarat tentang tindakan undang-undang yang perlu diambil atau tidak.
“Jadi saya tak boleh ramalkan kerana itu bersandarkan apa yang Peguam Negara nanti akan putuskan nanti,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, pihaknya tidak dapat meramalkan sebarang tindakan yang akan dikenakan selepas siasatan selesai dijalankan.
Sehubungan dengan itu, Muhyiddin menolak sebarang andaian berkaitan kes berkenaan sebaliknya meminta semua pihak menunggu keputusan muktamad mengenai siasatan tersebut.
“Itu kita tak boleh ramalkan jangan kita buat andaian sehingga ada keputusan muktamad,” ujarnya.
Tambah Muhyiddin, beliau berharap siasatan itu tidak akan mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun.
“Saya tak fikir siasatan itu mengambil masa bertahun-tahun. Itu tak munasabah, tapi kalau minggu logik,” katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak memberi sebarang tekanan kepada pasukan petugas khas untuk segera menyelesaikan siasatan kes tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan kes berkenaan memerlukan tempoh masa yang panjang dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
Sinar Harian
Tue Jul 09 2019

MUHYIDDIN: Peguam Negara akan menilai apakah yang dibuat oleh polis itu memberikan suatu isyarat tentang tindakan undang-undang yang perlu diambil atau tidak. -Gambar fail

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.

Video intim: Terserah Peguam Negara - Muhyiddin
Tindakan itu termasuk mendakwa pihak terbabit di mahkamah atau menggugurkan kes berdasarkan siasatan polis.