Polis mengesahkan rakaman sebuah video pelajar sekolah yang dipukul oleh seorang warden di sebuah Sekolah Vokasional di Sungai Buloh yang tersebar menjadi viral di media sosial pada Ahad adalah benar.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.
"Polis menerima laporan berkaitan kes itu daripada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 10.25 pagi semalam," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Abd Rahim berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 5.30 petang Khamis lepas di asrama Kolej Vokasional Sungai Buloh dan video kejadian yang dirakam mula tersebar di laman media sosial petang semalam.
Beliau berkata polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Semalam, video berdurasi seminit 10 saat yang merakamkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh seorang warden tersebar di laman media sosial.
Bernama
Mon May 09 2016

Pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu. - Foto: Paparan layar skrin vide
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Abd Rahim bersara, Azri pemangku Pengarah JKDNKA Bukit Aman
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar akan bersara wajib esok selepas 35 tahun menyumbang bakti dalam PDRM.

Polis buat rondaan pada Aidilfitri, akan 'singgah' rumah banyak kereta
Rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Polis Marin Johor pintas cubaan seludup rokok guna kapal kargo
Pasukan Polis Marin Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai antara yang terbesar di negara ini dengan anggaran rampasan bernilai RM52 juta.

Operasi banjir: Lebih 12,000 anggota PGA siap sedia digerakkan
Abd Rahim berkata kesemua anggota PGA berkenaan akan digerakkan secara berperingkat mengikut situasi semasa banjir.

Sarjan Norihan dipindahkan ke wad biasa, kesihatan bertambah baik
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang(HPP) telah dipindahkan ke wad biasa hari ini.

Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan Tari jalani pembedahan keluarkan peluru di HPP
Norihan mula dimasukkan ke bilik bedah sekitar jam 1.30 tengah hari Khamis.

PGA tukar srategi, sistem rondaan sempadan negara - Bukit Aman
Perubahan itu berikutan sempadan negara sejak kebelakangan ini, sering berlaku kejadian tembakan sehingga mencederakan anggota PGA.

Tiada insiden pergaduhan di Kedah - Polis
Polis nafi mesej tular menggesa orang ramai menyimpan senjata sebagai persiapan untuk melakukan rusuhan antara kaum di Kedah.

Suspek kedua kes samun kedai dobi ditahan
Suspek lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di tepi jalan di Bukit Tengah, Juru, Pulau Pinang pada 7 pagi semalam.

Video pelajar dipukul warden di Sungai Buloh disahkan benar
Polis mengesahkan rakaman sebuah video pelajar sekolah yang dipukul oleh seorang warden yang viral di media sosial pada Ahad adalah benar.