Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang tadi menerusi satu pautan di aplikasi X.
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
Suspek katanya telah bertindak menampar seorang lelaki berusia 28 tahun selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan yang dijalankan mangsa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd. Syahriezam Shamri di talian 014-8028427, katanya.
-- BERNAMA