KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan video tular berkaitan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didakwa mempunyai tunggakan sebanyak 397 saman di sebuah kawasan perumahan di Mount Kiara di sini.
Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang tunggakan saman sebagaimana ditularkan.
"Hasil semakan dijalankan mendapati video tersebut tidak benar dan tiada sebarang tunggakan saman dimiliki.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Pada Selasa, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok yang mendakwa sebuah kenderaan didakwa mempunyai sebanyak 397 saman tertunggak.
Video tular tersebut turut menyatakan bahawa tiada tindakan diambil terhadap pemilik kenderaan tersebut biarpun memiliki jumlah saman yang banyak. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023

Tular video dimuat naik seorang pengguna TikTok yang mendakwa sebuah kenderaan didakwa mempunyai sebanyak 397 saman tertunggak pada Selasa. -Foto Sinar Harian/Video tular
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Polis berjaya kesan pemandu lawan arus
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.

Lelaki curi SUV di parkir valet di Kuala Lumpur ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana dipercayai melarikan sebuah SUV yang ditinggalkan di bahu jalan oleh penjaga valet sebuah pusat beli-belah di Jalan P Ramlee semalam.

Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif.

Tesla mula hantar Model Y di Malaysia
Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.

Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.

Proton X50 terbakar, dipercayai angkara khianat
Bahagian hadapan rumah tersebut juga terbakar kira-kira lima peratus tetapi tidak melibatkan mangsa.

Tesla buka tempahan Model Y di Malaysia bermula RM199,000
Tesla mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y elektrik sepenuhnya kini boleh ditempah di negara ini mulai Jumaat ini pada pada harga bermula RM199,000.

Tular SUV dihanyut air bukan berlaku di Tapah
Polis menafikan kononnya sebuah kenderaan serba guna (SUV) yang dihanyutkan air berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands.

Video tular kenderaan miliki 397 saman tertunggak tidak benar
Mohd Nasri berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang tunggakan saman sebagaimana ditularkan.