KUALA LANGAT: Seorang suri rumah tidak menyangka tindakannya berkongsi keadaan rumah sewanya yang rosak akibat dilanda banjir di Bukit Changgang, Banting, di sini dalam media sosial akhirnya mendapat perhatian daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Rohana Abdul Rahman, 30, yang terkejut dengan keadaan rumahnya kemudian merakam video untuk meminta pertolongan kepada mana-mana pihak yang sudi membantu bersihkan kediamannya dengan memuat naik video tersebut dalam aplikasi TikTok pada Sabtu dengan harapan video tersebut tular.
Menurutnya, setelah video berkenaan tular dia kemudiannya menerima banyak mesej daripada pelbagai pihak yang ingin membantunya sekeluarga yang terjejas akibat banjir.
"Pada jam 7 pagi Ahad, ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) nak datang jumpa saya untuk menyumbangkan barang bantuan seperti susu dan lampin pakai buang kepada saya, Merekalah orang pertama yang menemui saya dan hulurkan bantuan.
"Tidak lama kemudian, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki datang bersama pasukannya untuk membantu bersihkan rumah saya dan kejiranan lain," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Rohana yang menetap selama empat tahun di situ turut menceritakan kisahnya dan keluarga menyelamatkan diri daripada banjir di kawasan tersebut apabila rumahnya ditenggelami air setinggi empat meter pada petang Sabtu lalu.
Ujarnya, selepas mereka keluar dari kediaman sambil membawa beberapa dokumen penting, pakaian serta keperluan lain, dia bersama suami dan empat orang anaknya pergi ke Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Banting di sini untuk berlindung.
Begitupun, Rohana berkata, mereka hanya mampu tinggal di sana selama dua hari kerana tidak tahan dengan ketiadaan bekalan air dan elektrik.
"Pada Ahad lalu, kami buat keputusan untuk keluar dari situ kerana tiada bekalan air dan elektrik, saya ada anak kecil berusia setahun sembilan bulan yang menangis tanpa henti kerana tidak selesa.
"Jadi kami terpaksa menunggu bot untuk membawa kami dari jam 9 pagi hingga 1 petang kerana ramai orang turut menghadapi masalah sama.
"Kami tidak pulang melihat keadaan rumah, sebaliknya menginap di sebuah hotel di Dengkil dengan bantuan kewangan daripada keluarga.
"Kami kemudiannya ke rumah rakan di Klang dan kembali ke sini selepas lima hari hidup berpindah-randah," ujarnya.
Dalam pada itu, Rohana berkata, dia mula kembali untuk melihat keadaan rumahnya pada Khamis lalu dan mengalihkan dua buah motosikal miliknya yang tenggelam ke tepi jalan utama, walaupun ketika itu air masih mencecah sekitar 0.5 meter.
Dia berkata, keesokan harinya dia datang untuk memasuki rumahnya, namun pintu tidak boleh dibuka dan terpaksa dipecahkan.
"Ketika saya memasuki rumah, hanya Tuhan sahaja yang tahu, memang habis semuanya barangan dalam rumah, tiada apa yang tinggal.
"Semua perabot dan kelengkapan rumah habis rosak dan terpaksa dibuang dan kerugian yang saya alami adalah sekitar RM30,000.
"Malah gelang buatan tangan saya pun terpaksa dibuang kerana sudah rosak," jelasnya.
Sementara itu, Rohana turut memberitahu keluarganya ada menasihatinya untuk berpindah ke tempat lain agar kejadian banjir tersebut tidak menimpa mereka lagi.
"Keluarga minta saya buat keputusan (pindah), memang kita tak minta kejadian sebegini berlaku (banjir), tetapi bila dah jadi begini kena beringatlah dan kalau boleh keluarlah dari sini.
"Jadi kalau nak pindah pun, kami akan cari tempat lebih tinggi. Mungkin kami akan berpindah ke Klang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 26 2021

Rohana bersama barang-barang rosak yang berjaya dikeluarkan dari rumahnya di Bukit Changgang. -Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.