Syarikat perancang perkahwinan, Zurin Jundi akan membayar ganti rugi kepada pelanggannya yang tidak menerima perkhidmatan memuaskan atas faktor kecuaian, kata peguamnya Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.
Beliau berkata anak guamnya yang menjalankan perniagaan selama 10 tahun akan menyusun jadual pembayaran secara berkala kepada 91 pelanggan terlibat, rata-ratanya bakal pengantin.
"Kami sekali lagi meminta maaf di atas kesalahan yang tidak disengajakan dan berjanji untuk membayar setiap ganti rugi kes-kes kecuaian yang telah berlaku," katanya pada sidang media yang turut dihadiri pengasas syarikat perancang perkahwinan itu di sini hari ini.
BACA: Perancang perkahwinan tular menipu direman
Muhamad Akmal Arif mengulas laporan media berhubung puluhan bakal pengantin mendakwa diperdaya menerusi pakej perkahwinan ditawarkan syarikat berkenaan, yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.
Kejadian mereka 'menyerbu' syarikat itu tular di media sosial berikutan dakwaan kegagalan syarikat perancang perkahwinan itu memenuhi tawaran pakej dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.
Muhamad Akmal Ariff berkata pemerhatian awal pihaknya mendapati syarikat yang beroperasi sejak 2007 disabotaj beberapa individu dan pihaknya akan memfailkan saman sivil ke atas lima hingga enam individu yang dipercayai mensabotaj perniagaan sehingga menjejaskan nama baik syarikat perancang perkahwinan itu.
Berikutan kes itu, pemilik syarikat perancang perkahwinan itu direman dua hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Kejadian mereka 'menyerbu' syarikat itu tular di media sosial berikutan dakwaan kegagalan syarikat perancang perkahwinan itu memenuhi tawaran pakej dijanjikan. - Foto Media Sosial
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Pelaburan tidak wujud: Pengurus syarikat rugi lebih RM6.1 juta
Tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang pengurus syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian RM6.1 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.