JOHOR BAHRU: Polis hari ini merakam kenyataan seorang wanita warga emas dan anak lelakinya berhubung satu video tular memaparkan tindakan penumpang Perodua Myvi menarik seekor anjing ketika kenderaan tersebut sedang bergerak.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Skudai di sini, kira-kira pukul 2 petang, Jumaat lepas.
"Hasil soal siasat mendapati anjing berkenaan adalah haiwan peliharaan mereka yang masing-masing berumur 61 dan 34 tahun. Anjing itu telah hilang dan dijumpai semula di kawasan perumahan mereka dalam keadaan kotor dan berkutu.
"Anaknya beranggapan tidak sesuai anjing itu dibawa masuk ke dalam kenderaan. Maka, ibunya menggunakan tali penarik anjing dan menarik anjing itu dari tingkap penumpang, manakala anaknya memandu secara perlahan memandangkan anjing itu dijumpai di kawasan berhampiran rumah mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953.
Katanya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Semalam, tular satu video berdurasi sembilan saat di laman Twitter memaparkan penumpang Myvi berwarna putih menarik seekor anjing menggunakan tali ketika kenderaan itu sedang bergerak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
![Video tular tarik anjing: Polis rakam kenyataan pemilik Video tular tarik anjing: Polis rakam kenyataan pemilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649603374_Tangkaplayarvideo.jpg)
Polis merakam kenyataan seorang wanita warga emas dan anak lelakinya berhubung satu video tular memaparkan tindakan penumpang Perodua Myvi menarik seekor anjing ketika kenderaan tersebut sedang bergerak. - Foto Sinar Harian/media sosial
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Video tular tarik anjing: Polis rakam kenyataan pemilik Video tular tarik anjing: Polis rakam kenyataan pemilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649603374_Tangkaplayarvideo.jpg)
Video tular tarik anjing: Polis rakam kenyataan pemilik
Polis berkata kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Skudai, kira-kira pukul 2 petang, Jumaat lepas.