Pelbagai reaksi dilontarkan orang ramai susulan video ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang di muat naik di laman sosial.
Walaupun Khalid berkata beliau tidak gentar dengan perkara ini namun Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara, Datuk Seri Zaini Mohd Said menjelaskan perkara ini tidak patut dipandang enteng kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara.
"Saya rasa video seperti ini di laman sosial adalah satu perkara yang perlu dipandang serius. Ini adalah kerana ia menggalakkan kepada satu pemikiran yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
"Jika ini dibiarkan, maka ia seperti memberi gambaran kepada umum dan juga kepada orang luar bahawa negara kita bukan dalam keadaan yang selamat di mana pegawai-pegawai tinggi khususnya pegawai yang menjaga keselamatan boleh diancam nyawa dengan sesuka hati," jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata ini boleh memberi tanggapan ketidakyakinan terhadap kedudukan atau tahap keselamatan orang ramai.
"Jika ketua polis sendiri boleh diancam, bagaimana dengan rakyat biasa?" soal Zaini.
Video ugutan bunuh Tan Sri Khalid berkait dengan militan IS?
Ada juga dalam kalangan masyarakat melihat video ugutan bunuh ini berkait dengan strategi militan IS.
"Ada yang mengatakan bahawa ia ada kaitan dengan perbuatan militan IS dan sebagainya. Mungkin ada kait mengait dengan IS. Tetapi mereka (kumpulan memuat naik video) ini pada saya, adalah satu kumpulan anarki yang sengaja menimbulkan huru-hara," jelas Zaini.
Astro Awani
Wed Feb 25 2015
Datuk Seri Zaini Mohd Said menjelaskan video ugutan bunuh tidak patut dipandang enteng kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.