Malaysia mencadangkan Vietnam mencontohi langkah yang diambil Malaysia dalam mengawal nelayannya daripada memasuki sempadan negara lain dan menimbulkan isu pencerobohan perairan.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata perkara itu antara topik utama perbincangan beliau dengan Ketua Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam, Tran Kim Long di Hanoi.
"Malaysia mencadangkan agar Vietnam dapat mengikut langkah Malaysia di mana setiap nelayan akan dibekalkan sistem GPS dan walkie-talkie supaya tidak memasuki sempadan mana-mana negara dan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.
"Isu pencerobohan nelayan Vietnam ke perairan negara ini amat membimbangkan kerana Malaysia kerugian hampir AS$400,000 setiap tahun kerana hasil perikanan negara dicerobohi," katanya.
Katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini, kedua-dua negara bersetuju untuk menangani isu berkaitan pencerobohan nelayan Vietnam di Malaysia secara bersama.
Irmohizam ketika ini berada di Hanoi dalam satu lawatan kerja bermula Isnin lalu.
Selain isu pencerobohan nelayan, kedua-dua negara turut membincangkan kerjasama dua hala dalam teknologi akuakultur dan perdagangan produk perikanan.
Irmohizam menambah, beliau telah memaklumkan kepada Vietnam bahawa pihak berkuasa negara ini seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang yang berat kepada mana-mana nelayan asing yang mencerobohi perairan negara di bawah Akta Perikanan 1985.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda sehingga RM1 juta bagi nakhoda atau pemilik vesel/bot dan RM100,000 bagi kru vesel/bot, atau dipenjara sehingga 6 bulan.
"Berkaitan kerjasama dua hala dalam teknologi akuakultur dan perdagangan produk perikanan, Malaysia amat berbesar hati jika Vietnam dapat bekerjasama terutama dalam bidang akuakultur di Malaysia.
"Langkah ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada eksport bekalan ikan dari luar negara," katanya.
Ini kerana, jelasnya, Vietnam merupakan antara negara pengeluar ikan tertinggi di Asia.
"Vietnam merupakan negara pengeluar bekalan ikan yang tinggi daripada teknologi akuakultur di Asia.
"Sehubungan itu, Malaysia amat mengalu-alukan kerjasama dari segi teknologi akuakultur dan bekalan bahan mentah makanan ikan, kerana teknologi dan bahan mentah makanan ikan di Vietnam lebih murah berbanding negara-negara lain," ujarnya lagi.
Sebagai timbal balik, Irmohizam berkata, Malaysia melalui LKIM juga berhasrat untuk mengadakan kerjasama dan memasarkan produk baja organik daripada sisa ikan "Superfish Hydrolysate Fertilizer" ke Vietnam.
"Ia merupakan satu produk inovasi buatan Malaysia daripada Syarikat Vivendi Asset Sdn Bhd yang berpengkalan di Labuan. Setakat ini, produk berkenaan telah dieksport ke negara luar seperti China dan Amerika Syarikat," ujarnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Sep 01 2016
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (tengah) meneliti sampel air di sebuah pusat akuakultur di Vietnam. - Foto LKIM
Malaysia perlu manfaat kepengerusian ASEAN, bukti perpaduan
Malaysia perlu berupaya memanfaatkan kesempatannya sebagai pengerusi ASEAN 2025 untuk memposisikan diri sebagai medium suara negara-negara ASEAN.
Trump ampunkan 1,500 pesalah insiden 6 Januari
Donald Trump mengampunkan kira-kira 1,500 penyokongnya yang menyerang Capitol Amerika Syarikat empat tahun lalu, hanya beberapa jam selepas kembali sebagai Presiden pada Isnin.
Keputusan mengampunkan penyokong yang terlibat dalam serangan Capitol pada 6 Januari 2021 dijangka membangkitkan kemarahan polis, ahli parlimen, dan mangsa yang hidupnya terancam dalam insiden tersebut.
Keputusan mengampunkan penyokong yang terlibat dalam serangan Capitol pada 6 Januari 2021 dijangka membangkitkan kemarahan polis, ahli parlimen, dan mangsa yang hidupnya terancam dalam insiden tersebut.
Trump umum pengunduran AS dari WHO
Amerika Syarikat akan menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), umum Presiden Donald Trump.
Beliau berkata pengunduran tersebut adalah disebabkan badan itu gagal menangani pandemik COVID-19 dan krisis kesihatan lain dengan berkesan.
Beliau berkata pengunduran tersebut adalah disebabkan badan itu gagal menangani pandemik COVID-19 dan krisis kesihatan lain dengan berkesan.
Fahmi luang masa ziarah pemimpin, mantan pemimpin PKR Kelantan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi seorang mantan pemimpin PKR Kelantan semasa berada di negeri itu semalam.
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Bekalan ikan, hasil laut kembali pulih pada April - LKIM
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjangkakan bekalan ikan dan hasil laut seluruh negara akan pulih sepenuhnya pada April depan.
Vietnam dicadang ikut langkah Malaysia kawal nelayan elak pencerobohan
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata perkara itu antara topik utama perbincangan beliau dengan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam.