HANOI: Malaysia memberi keutamaan dan berhasrat untuk membangunkan perkongsian strategik dengan Vietnam, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Zambry dan rakan sejawatannya dari Vietnam, Bui Thanh Son, mempengerusikan bersama mesyuarat ketujuh Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik dan Teknikal antara kedua-dua negara, sempena lawatan rasminya ke Vietnam bermula 19 hingga 20 Julai.
Son berkata lawatan itu merupakan acara penting yang berlangsung di luar lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam, serta sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Vietnam-Malaysia tahun ini, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pada mesyuarat itu, kedua-dua pihak menumpukan kepada usaha menyemak dan menilai pelaksanaan perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin kanan kedua-dua negara, termasuk Program Tindakan untuk melaksana perkongsian strategik Vietnam-Malaysia bagi tempoh 2021-2025.
Mereka juga bersetuju untuk mencadangkan beberapa orientasi utama kepada Perdana Menteri kedua-dua negara dalam usaha untuk mempromosi perkongsian strategik pada masa akan datang.
Untuk itu, kedua-dua pihak akan meningkatkan penyelarasan bagi mempergiat pertukaran lawatan dan mesyuarat di semua peringkat dan merentasi semua saluran, serta pertukaran pegawai dan meluaskan kerjasama pertahanan dan keselamatan.
Kedua-dua negara akan berusaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala kepada US$18 bilion tidak lama lagi supaya lebih seimbang, mengehadkan halangan perdagangan dan memanfaatkan peluang daripada perjanjian perdagangan serantau yang kedua-dua pihak sertai seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang penting lain seperti teknologi marin, minyak dan gas, pendidikan dan latihan, buruh, pengangkutan, kebudayaan, sukan, pelancongan dan kerjasama antara lokaliti, dan dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), dan tenaga boleh baharu.
Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mempercepat pemeteraian dokumen kerjasama, termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam melatih kakitangan diplomatik.
Diplomat tertinggi berkenaan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama dan sepakat untuk terus menyelaras dan menyokong secara aktif antara satu sama lain di forum pelbagai hala.
Kedua-dua negara juga bersedia untuk menyertai negara anggota ASEAN yang lain dalam mengekalkan solidariti dan peranan utama ASEAN dalam menangani isu-isu strategik di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mempercepat pemeteraian dokumen kerjasama, termasuk MoU mengenai kerjasama dalam melatih kakitangan diplomatik. - Gambar Bernama
Consider This: T.E.A.M. Malaysia: A New Economic Narrative
A new whitepaper from the Institute of Capital Market Research warns that while Malaysia aspires to become a high-value, innovation-led economy, outdated economic structures may be holding us back. The question is—can Malaysia rethink our approach to growth, investment, and competitiveness before it’s too late? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Tan Sri Andrew Sheng, Distinguished Fellow at Institute for Capital Market Research Malaysia. He previously served as Chairman of the Securities and Futures Commission of Hong Kong and held senior roles at Bank Negara Malaysia, including Chief Economist and Assistant Governor in charge of Bank and Insurance Regulations.

Malaysia lancar platform ASEAN GEMS, tawar 300 biasiswa bernilai AS$4 juta
Malaysia hari ini melancarkan platform ASEAN Global Exchange for Mobility and Scholarship (GEMS), sebuah inisiatif visi yang akan menjadi hab utama bagi peluang biasiswa di seluruh rantau ini.
Malaysia akan bantu pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain bantuan pemulihan Gaza, Malaysia akan sediakan bantuan wakaf untuk Universiti al-Quds dan sekolah serta hospital di Baitulmaqdis. #AWANInews

Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global dipertingkatkan dengan komitmen bersama
Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global akan dipertingkatkan dengan dedikasi berterusan dan komitmen bersama untuk tadbir urus yang kukuh.

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.

Vietnam, Malaysia mahu perkukuh usaha sama strategik
Malaysia memberi keutamaan dan berhasrat untuk membangunkan perkongsian strategik dengan Vietnam, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.