Vietnam sedia menimbang permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang lapan perampas kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony, untuk dibicarakan di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengemukakan permintaan itu ketika mengadakan pertemuan pertama beliau dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, di sini pada Jumaat.
"Ini permintaan khusus kami," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang berakhir Jumaat.
Katanya rakan sejawatannya itu memaklumkan bahawa Vietman sedia menimbangkan permintaan tersebut.
Xuan Phuc mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu Vietnam, April lepas.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada 11 Jun tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun, tahun lepas.
Najib berkata dalam pertemuan itu, Vietnam turut meminta Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula pengambilan pekerja asing dari Vietnam ekoran langkah kerajaan membekukan proses pengambilan pekerja asing.
Dalam pada itu, Najib berkata Malaysia telah menerima cadangan yang dikemukakan Vietnam untuk pelaksanaan Pelan Tindakan Malaysia-Vietnam 2016-2018 untuk pertimbangan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Xuan Phuc atas pelantikan sebagai perdana menteri dan menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Malaysia.
Bernama
Sat May 21 2016

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada 11 Jun tahun lepas. - Gambar fail
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rompak MT Orkim Harmony: Lapan lelaki warga Indonesia dipenjara 15 dan 18 tahun
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 15 dan 18 tahun terhadap lapan lelaki warga Indonesia yang merompak secara berkumpulan kapal MT Orkim Harmony di perairan Tanjung Sedili pada

Lapan suspek rompak MT Orkim Harmony akan diekstradisi ke Malaysia tahun ini
Lapan suspek warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony pada Jun tahun lepas, dijangka diektradisi dan dibicarakan di Malaysia tahun ini.

Vietnam timbang permohonan Malaysia ekstradisi perampas MT Orkim Harmony
Vietnam sedia menimbang permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang lapan perampas kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony.

Perampas MT Orkim Harmony di fasa akhir untuk ekstradisi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini di peringkat akhir dalam proses mengekstradisi dalang perampas kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony.

APMM masih tunggu keputusan Vietnam ekstradisi 8 suspek MT Orkim Harmony
APMM telah menguruskan keperluan berhubung ekstradisi kelapan-lapan suspek yang kini ditahan pihak Vietnam pada 19 Jun.

Kepulangan Amirul rahmat bagi keluarga - bapa
Zabarudin Zakaria menyifatkan kepulangan anaknya Amirul Azim sebagai rahmat kepada keluarganya susulan insiden Orkim Harmony.

APMM mula proses ekstradisi lapan suspek rompak MT Orkim Harmony
APMM sudah memulakan proses ekstradisi lapan suspek yang terlibat dalam kes rompakan MT Orkim Harmony (MT OH).

Lanun MT Orkim Harmony ditemui bawa wang tunai, telefon bimbit
Lapan lelaki ditahan oleh Vietnam juga tidak dapat menjelaskan asal-usul wang mata asing dalam jumlah yang besar dan puluhan telefon bimbit.

Kronologi kejadian rompakan MT Orkim Harmony
Kesemua anak kapal MT Orkim Harmony berjaya diselamatkan pihak TLDM. Bagaimanapun lapan perompak gagal diberkas.

Perampas kapal Orkim Harmony bertutur loghat Indonesia - Panglima TLDM
Kumpulan perampas di atas kapal tangki minyak yang hilang sejak minggu lalu, MT Orkim Harmony dikatakan bertutur dalam loghat Indonesia.