LONDON: Seorang bekas Olympian berusia 80 tahun yang menghidap penyakit Parkinson, akan menjadi antara tiga penumpang dalam penerbangan pertama pelancongan angkasa lepas Virgin Galactic yang berlepas pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jon Goodwin dari Newcastle, akan menyertai Keisha Schahaff, 46, dan anak perempuannya, Anastatia Mayers, 18, seorang pelajar fizik di Aberdeen, dalam penerbangan VSS Unity untuk perjalanan selama 90 minit itu.
Kedua-dua wanita itu akan menjadi ibu dan anak perempuan pertama yang melakukan perjalanan ke angkasa lepas hasil kemenangan mereka dalam cabutan hadiah, manakala Goodwin menempah tempatnya 18 tahun lalu selepas membeli tiket AS$250,000.
Perjalanan itu akan disertai oleh tenaga pengajar angkasawan, Beth Moses.
Setelah berlepas pada 4 petang (1500 GMT) dari New Mexico, Amerika Syarikat, kapal induk VMS Eve, VSS Unity, akan berpisah dan membawa mereka ke ruang suborbital untuk mengalami secara ringkas keadaan tanpa berat (kenirberatan), sambil memandang ke arah Bumi.
Perjalanan itu akan mengumpul dana untuk Space for Humanity, sebuah kumpulan bukan untung yang bertujuan menghantar rakyat biasa ke angkasa bagi memberi mereka "perspektif yang lebih hebat" tentang cabaran yang dihadapi Bumi.
Pada Jun, Virgin Galactic milik Sir Richard Branson berjaya melakukan penerbangan angkasa lepas komersial pertama syarikat itu yang membawa angkasawan Itali ke angkasa lepas untuk menjalankan beberapa eksperimen saintifik.
Misi angkasawan persendirian pertama pada Khamis itu dikenali sebagai Galactic 02.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Pesawat angkasa yang dioperasikan Virgin Galactic ini sedia untuk membawa penumpang komersial pertamanya. - Reuters
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Remaja 19 tahun bakal jadi pelancong angkasa lepas berhijab pertama
Walaupun Zainab mungkin akan menjadi pelancong angkasa lepas berhijab pertama, namun dia bukanlah wanita Islam pertama ke angkasa lepas.
Richard Branson lengkapkan misi angkasa lepas
Hartawan Richard Branson melengkapkan misi angkasa lepas, apabila pesawat angkasa Virgin Galactic berjaya mendarat di Spaceport, New Mexico.
Richard Branson berlepas ke angkasa
Branson berlepas dari Spaceport America di New Mexico pada pukul 10.44 malam waktu Malaysia dan pelepasan itu disiarkan secara penstriman langsung di AstroAWANI.com.
Richard Branson bersedia untuk ke angkasa lepas
Virgin Galactic menjadi syarikat roket pertama yang menerbangkan pengasas syarikatnya ke angkasa lepas.