Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, pergolakan dalaman serta perpecahan yang berlaku di dalam PAS hari ini membuktikan bahawa kerjasama mereka dengan DAP dan PKR hanyalah memudaratkan parti tersebut berbanding ketika Pas bergerak secara bersendirian sebelum ini.
Apa yang lebih menyedihkan, menurut beliau lagi, sindrom 3B iaitu Buli, Broker dan 'Barua' hari ini merupakan satu virus yang sedang menular di dalam PAS yang mampu menghancurkan perpaduan dalam kalangan pimpinan dan ahli parti itu sendiri.
"Virus ini akan terus merebak sehingga membuatkan ahli dan pimpinan akan bertelingkah sesama sendiri dan akhirnya akan berpecah belah. Pada pandangan saya, inilah yang akan berlaku di dalam PAS sekiranya isu perpecahan dalaman dan puak yang berlaku di dalam PAS tidak dapat diatasi dengan segera.
"Jika keadaan ini berterusan, saya menjangkakan sindrom 3B yang kini menjadi penyakit di dalam PAS akan bertambah dan merebak kepada 2B lagi iaitu bertelingkah dan bertelagah sesama sendiri. Dan sekiranya ini berlaku PAS bakal menghadapi perpecahan dalaman yang tidak pernah mereka alami sebelum ini," tegas beliau di sini hari ini.
Kata beliau lagi, krisis dan kemelut yang berlaku di dalam pakatan pembangkang ini merupakan satu isyarat bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa ketiga-tiga parti ini tidak mampu untuk mentadbir negeri, apatah lagi negara dengan baik.
"Bagaimana kita mahu menyandarkan harapan kepada sebuah pakatan parti politik yang tidak habis-habis bertelagah dan berpolitik sesama sendiri. Kita boleh lihat hari ini PAS, DAP dan PKR saling jatuh menjatuh dan mengecam sesama sendiri.
"Ketiga-tiga parti ini lebih banyak menghabiskan masa untuk kepentingan dan agenda politik kepartian serta ideologi masing-masing dan mengabaikan pembangunan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada rakyat di negeri yang diperintah oleh mereka.
"Contohnya seperti di Selangor, bermula dari langkah kajang yang hanya menghabiskan duit rakyat semata-mata untuk menjadikan isteri Ketua Pembangkang Menteri Besar, namun akhirnya orang lain pula yang dilantik. Sedangkan masalah rakyat seperti banjir, sampah dan air masih tidak selesai.
"Begitu juga di Pulau Pinang di mana kerajaan DAP lebih suka membangunkan rumah-rumah mewah untuk dijual kepada orang luar, berbanding membina rumah-rumah murah untuk membantu rakyat berpendapat sederhana dan miskin di negeri itu. Apakah kerajaan seperti ini yang kita mahukan, janji lain tetapi buatnya lain?" tegas beliau.
Justeru itu, beliau berharap agar rakyat melihat ketidakmampuan pakatan pembangkang dalam mentadbir dengan pemikiran yang rasional dan terbuka.
"Kita perlukan sebuah kerajaan yang lebih fokus untuk membantu rakyat menjadikan kehidupan yang lebih baik dari hari ini. BN telah membuktikan selama ini bahawa segala tindak tanduk serta perancangan mereka adalah khusus untuk kebaikan rakyat. Dan perkara ini telah terbukti dengan pembangunan baik dari sudut material, spiritual dan ini bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja sepertimana pembangkang," jelasnya.
UMNO Online
Wed Oct 08 2014
ZAINAL: Virus 5B bakal hancurkan kekuatan dalaman PAS - Gambar Facebook
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
'Ini politik bangang' - Anwar perjelas dakwaan hina Tun M
Anwar berkata situasi di antara beliau dengan Dr Mahathir yang tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini adalah jelas semata-mata bergurau demi menaikkan semangat maruah Melayu.
'Saya cuma tanya soalan kepada KPN, bukan tuduhan' - Azmin
Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.
Cemuhan Azmin Ali sangat melampau - Khalid
Khalid berkata, beliau sudah biasa dengan celaan yang dilemparkan kepadanya namun cemuhan kali ini disifatkan sangat melampau.
"Ungkapan 'barua' ditujukan kepada Khalid, bukan seluruh anggota polis"
Perkataan "barua" yang ditanyakan Azmin Ali adalah khusus kepada Ketua Polis Negara dan bukannya seluruh anggota polis, jelas Setiausaha Politik Azmin.
Virus 5B bakal hancurkan kekuatan dalaman PAS - Zainal
Zainal Rafique berkata, pergolakan dalaman serta perpecahan yang berlaku di dalam PAS hari ini membuktikan bahawa kerjasama mereka dengan DAP dan PKR hanyalah memudaratkan parti tersebut.
Ucapan Hadi keterlaluan, dua ADUN PAS bukan 'barua' - Shamsul
Tindakan dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu disifatkan bukan sebagai 'barua'.