Saat dua negara Indonesia dan Malaysia sedang berdukacita dengan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi waktu tempatan, vokalis kumpulan Dewa 19 iaitu Once Mekel seakan menempelak sistem penerbangan AirAsia yang popular dengan slogan tambang murah.
Menurut Once, sebagai seorang penyanyi yang kerap membuat persembahan di dalam dan luar negara membuatkan dia kini semakin berhati-hati dalam memilih sesebuah penerbangan.
“Ya, saya pilih penerbangan yang mempunyai reputasi yang cukup baik untuk dinaiki. Lebih mahal sedikit tidak mengapa. Saya cuba menghindari penerbangan yang terlalu bangga dengan reputasinya sebagai penerbangan murah terbaik meskipun tidak semuanya buruk,” ujar Once seperti dipetik menerusi portal Kapan Lagi.
Walau bagaimanapun Once berharap agar pesawat tersebut segera ditemui agar nasib semua penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501 diketahui dengan jelas.
“Saya pritahin dan turut simpati untuk keluarga penumpang dan sehingga saat ini mereka masih belum jelas terhadap nasib ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat tersebut. Saya berharap pesawat tersebut segera ditemui. Dan masing-masing pihak penerbangan mahupun kerajaan saling menghulurkan bantuan mengenai kehilangan pesawat QZ8501,” jelas Once.
Dalam pada itu, Once percaya banyak faktor yang membuat sesebuah pesawat itu mengalami kecelakaan dan faktor tersebut sememangnya susah untuk membuat ramalan apa yang berlaku.
“Faktor seperti cuaca, teknikal pesawat, teknologi dan faktor juruterbang antara yang sering menjadi tumpuan. Seharusnya semau perlu diawasi dan dikawal dengan baik setiap waktu. Organisasi sebuah penerbangan perlu mempunyai disiplin yang tinggi. Untuk itu, perlu ada penerbangan yang baik dan mempunyai reputasi yang besar,” tambah Once lagi. -- Astro Gempak
Gempak
Fri Jan 02 2015
Menurut Once (gambar), sebagai seorang penyanyi yang kerap membuat persembahan di dalam dan luar negara membuatkan dia kini semakin berhati-hati dalam memilih sesebuah penerbangan. - Gambar Fail
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Jualan, harga beras Vietnam dijangka merosot
Sektor beras Vietnam mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam eksport pada 2025 selepas kejayaan pada tahun lalu, Agensi Berita Vietnam memetik pakar pada hari Khamis.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.