KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi (Khamis, 27 April).
Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp: "Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam."
Pada masa sama, berita itu juga dikongsikan menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus XPDC.
"Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid... Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.
"Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah," ujarnya dalam hantaran itu.
Sementara itu, Bro Yazid memberitahu, Mael diketahui mengalami masalah semput yang berpunca daripada penyakit asma kronik.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan pemergiannya.
Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.
BACA: 'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital
Band heavy metal terkemuka tanah air itu, berdasarkan perancangan, mahu menjayakan persembahan dengan kumpulan Khalifah pada 7 Mei nanti, bersempena dengan penganjuran Sound Valley Festival 2023.
Bro Yazid dalam sidang media pada awal April lalu memberitahu, kesihatan Mael dilihat berada dalam keadaan baik, malah XPDC juga telah mengadakan beberapa persembahan dan konsert sejak awal tahun 2023 tanpa sebarang masalah.
BACA: XPDC bakal gegar MAEPS buat kali kedua
Sekitar 1990 sehingga awal 2000, XPDC yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit. Jumlah itu tercatat menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi.
Astro Awani
Thu Apr 27 2023
![Vokalis XPDC, Mael, meninggal dunia Vokalis XPDC, Mael, meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682605635_TBMAELXPDC.jpg)
Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp.
![ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738971216_TomokoAkane.jpg)
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Tindakan tersebut mengancam kebebasan dan peranan penting mahkamah dalam menegakkan keadilan kepada mangsa kekejaman global.
![Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738977452_sultanpahang.jpg)
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai produk tarikan pelancongan.
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738970885_tbhostages.jpg)
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
![Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738970356_tbSimonHarris.jpg)
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
![OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
![Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689477089_xpdcKitaPengyu.jpg)
Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini
Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.
![Belum terlintas untuk cari pengganti Mael - XPDC Belum terlintas untuk cari pengganti Mael - XPDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683272142_MaelXPDCtahlil.jpg)
Belum terlintas untuk cari pengganti Mael - XPDC
Menurut mereka, setakat ini perkara itu tidak akan dibincangkan namun tidak menafikan ia pastinya akan berlaku.
!['Mael XPDC tiada galang ganti, sanggup sembunyikan sakit demi peminat' 'Mael XPDC tiada galang ganti, sanggup sembunyikan sakit demi peminat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682923839_maelxpdc.jpg)
'Mael XPDC tiada galang ganti, sanggup sembunyikan sakit demi peminat'
Ketika ada suara yang mengkritik atau mempersoalkan keupayaan vokalnya di pentas, dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu dalam kalangan peminatnya tahu masalah kesihatannya itu.
![Belasungkawa: Titian perjalanan Mael XPDC, berpulang malam Jumaat di bulan Syawal Belasungkawa: Titian perjalanan Mael XPDC, berpulang malam Jumaat di bulan Syawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682657539_Belasungkawa.jpg)
Belasungkawa: Titian perjalanan Mael XPDC, berpulang malam Jumaat di bulan Syawal
Buat para penggemar kumpulan rock XPDC, berita yang diterima sekitar pukul 9.00 malam tadi sangat mengejutkan.
![Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682653005_KebumiMael.jpg)
Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan
Kira-kira 200 orang memenuhi pekarangan tanah perkuburan bagi menyaksikan upacara pengebumian Allahyarham Mael.
![Mael XPDC... idola rock, tiada pengganti - Peminat Mael XPDC... idola rock, tiada pengganti - Peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682647266_AllahyarhamMaelXPD.jpg)
"Mael XPDC... idola rock, tiada pengganti" - Peminat
Peminat setia arwah Mael dan XPDC sebak kenang pemergian artis kesayangan.
![Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682637750_TBMAELXPDC.jpg)
Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini
Ketika ini, jenazah vokalis XPDC itu berada di kediaman anaknya di Jalan Sungai Abong, Muar.
!['Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital 'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81564975752_TBMAELXPDCjpg.jpg)
'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital
Doktor memberitahu kesakitan yang dialami Mael bukan disebabkan gout yang dihidapinya.
![Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490781602_mael-xpdc-tak-sedar-diri-masuk-hospital.jpg)
Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital
Vokalis kumpulan XPDC, Mael telah dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.