JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat secara serentak dengan VTL udara Malaysia-Singapura mulai 29 November ini menjadi faktor penting proses pemulihan ekonomi pasca COVID-19 bagi kedua-dua negara, khususnya di Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, persetujuan pembukaan sempadan ini juga merupakan keputusan yang melegakan rakyat kedua-dua negara selepas penutupan pintu sempadan hampir 20 bulan lalu.
"Saya amat gembira dengan pengumuman ini kerana pembukaan pintu sempadan dengan Singapura sentiasa diberi tumpuan dan keutamaan, malah Kerajaan Negeri Johor juga sentiasa memberi cadangan dalam memastikan pelaksanaan VTL darat ini dapat direalisasikan.
"Memandangkan Johor merupakan jiran terdekat Singapura, sudah pasti kehadiran pengembara dari negara jiran ini mampu merancakkan semula aktiviti ekonomi negara, khususnya Johor, apatah lagi Singapura memang merupakan pelabur terbesar di negeri ini sejak dahulu lagi.
"Dalam kita mengalu-alukan pelaksanaan VTL ini, kerajaan menerusi kerjasama pelbagai agensi negeri dan Persekutuan tetap tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan dan kesihatan awam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Hasni, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) akan terus diperkasakan bagi mengelakkan tercetus semula penularan COVID-19.
Katanya kedua-dua negara tidak mampu lagi untuk menutup semula pintu sempadan kerana saling bergantung antara satu sama lain.
"Pelaksanaan VTL darat dan udara ini juga membawa sinar bahagia kepada rakyat kedua-dua negara untuk menyambung dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang 'terputus' seketika akibat pandemik COVID-19.
"Justeru, menerusi pelaksanaan VTL ini, suami atau isteri dapat berjumpa semula dengan keluarga tersayang, anak-anak dapat kembali ke pangkuan ibu bapa dan rakyat kedua-dua negara sudah boleh mengunjungi saudara mara masing-masing.
"Penantian ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk kembali semula ke tanah air sudah berakhir,"katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Nov 24 2021

Menurut Hasni, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) akan terus diperkasakan bagi mengelakkan tercetus semula penularan COVID-19. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kuota harian VTL darat ditambah mulai Isnin - Wee
Kuota harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420 orang mulai Isnin depan (14 Mac).

PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Singapura kerjasama dengan Malaysia perluas VTL darat - Laporan
Singapura sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk membenarkan pengembara yang lengkap menerima vaksin COVID-19 melintasi sempadan darat melalui mod pengangkutan lain.

Varian Omicron: VTL darat Malaysia-Singapura tidak terjejas - Hasni
Tiada gambaran pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat, akan ditutup semula susulan ancaman varian Omicron COVID-19.

350 pengembara VTL darat dari Singapura tiba di Larkin Sentral
Seramai 350 pengembara menaiki 12 bas dari Singapura telah tiba di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral di sini setakat tengah hari ini.

VTL buka ruang satukan keluarga terpisah akibat COVID-19
VTL Darat memberi ruang kepada keluarga yang terpisah antara dua negara akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu tanpa kuarantin.

Terminal Larkin buat persiapan akhir untuk terima pengembara VTL darat mulai esok
Pastikan pelepasan pengembara VTL darat daripada Malaysia melibatkan seramai 1,440 orang dengan 32 perjalanan sehari, berjalan dengan lancar.

VTL darat rancakkan proses pemulihan ekonomi Johor - Hasni
Menurut Hasni, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) akan terus diperkasakan bagi mengelakkan tercetus semula penularan COVID-19.

Malaysia, Singapura laksana dry run bagi cadangan pembukaan VTL darat
Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan Singapura sedang melaksanakan dry run bagi cadangan pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat melalui Tambak Johor yang akan dilaksanakan Isnin depan.

VTL darat: Hadiah buat pasangan, keluarga berjauhan
Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Link Kedua yang dijangka dilaksanakan Isnin depan (29 Nov), dianggap 'hadiah' buat pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan.