PUTRAJAYA: Program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat antara Singapura dan Malaysia diteruskan meskipun negara sudah merekodkan kes pertama positif COVID-19 varian Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata semua pengembara yang tiba di Malaysia menerusi VTL udara dan darat dikehendaki membuat ujian kendiri COVID-19 pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan.
Khairy berkata beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Ong Ye Kung, berikutan pengesanan kes varian Omicron itu.
"Kami mengesahkan bahawa VTL akan diteruskan dan kami akan terus mengemas kini antara satu sama lain setiap hari dan menyelaraskan respons kami dengan sewajarnya," katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19, di sini hari ini.
Malaysia dan Singapura melancarkan VTL udara dan darat bermula Isnin lepas, yang membolehkan pengembara yang sudah lengkap divaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin apabila di tiba di Malaysia dan Singapura.
Malaysia merekodkan kes pertama varian Omicron membabitkan seorang pelajar dari Afrika Selatan yang menuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, yang disahkan positif bagi varian dibimbangi (VOC) itu pada 2 Disember hasil jujukan genom yang dijalankan.
Sementara itu, Khairy berkata sekatan perjalanan sementara pengembara dari lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi diteruskan.
Bagi pelancong antarabangsa yang menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi, pengembara yang tiba dari semua negara perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 tambahan iaitu pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan, menggunakan ujian jenis RTK-Ag secara profesional.
Sebagai langkah pencegahan tambahan, katanya pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan dipakaikan peranti pengesan digital sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (kuarantin).
Beliau berkata senarai negara berisiko tinggi akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui penilaian risiko.
Khairy berkata rakyat tidak perlu panik dengan kemunculan varian Omicron dalam negara kerana langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang dikuatkuasakan ketika ini dililhat berkesan mencegah penularan wabak itu.
"Langkah-langkah pencegahan, prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang sedia ada adalah sangat-sangat ketat.
"Kalau kita lihat negara-negara lain yang mula perketatkan langkah-langkah mereka disebabkan Omicron, sebenarnya mereka melaksanakan apa yang Malaysia melaksanakan.
"Kita antara yang saya rasa negara paling cermat dari segi pencegahan. Kita masih lagi ada kuarantin, pakai pelitup muka, sistem contact tracing yang saya rasa agak teliti," katanya sambil menambah rakyat digalak supaya terus mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform and Seek), dan mendapatkan vaksin COVID-19.
Khairy berkata kempen pemberian dos penggalak akan diperhebatkan dan KKM menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus populasi yang telah lengkap dengan dua dos vaksinasi, menerima dos penggalak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
![VTL Malaysia-Singapura diteruskan - Khairy VTL Malaysia-Singapura diteruskan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638520237_VTLdaratberakhir.jpg)
Semua pengembara yang tiba di Malaysia menerusi VTL udara dan darat dikehendaki membuat ujian kendiri COVID-19 pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan. - Gambar fail
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
![Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657269249_KhairyJamaluddin.jpg)
Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
![Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647278493_WatPhraSiMahathat.jpg)
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.
![Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643290192_TBKJSIDANGMEDIA.jpg)
Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy
Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
![Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626794407_jokowiindonesia.jpg)
Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron
Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
![Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638206649_TBANTIGEN.jpg)
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
![COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642036560_covidorangramai.jpg)
COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan
Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam situasi pandemik yang kelihatan kembali meningkat.
![Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641471833_TBKJHEALTHMINISTER.jpg)
Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik
Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
![Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641387723_Omicron.jpg)
Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron
Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.
![Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748 Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640674534_TBCOVIDJAKARTA.jpg)
Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748
Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu, menurut angka terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.
![India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962 India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627974025_INDIA.jpg)
India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962
Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan India.